Oleh Muhaimin Sulam
Bila
Ah Beh, Nalli dan rakan-rakannya dalam DHPP mengistiharkan menyertai
Gerakan Harapan Baru (GHB) di Ipoh, secara tiba-tiba DHPP menjadi
semakin kua...t.
Sebagai mengenangkan kisah silam kami, elok aku ceritakan 'Ah Chong' dan 'Ramasamy' ini dalam PAS.
Ah Beh berasal dari Bagan Serai, kerja sebagai pemandu lori. Bijak
berpantun. Dalam mesyuarat, bila nak sampaikan pandangan, dia berdiri.
Sebagai pengerusi DHPP Perak yang pertama, susuk dia adalah DHPP begitu
sebaliknya. Dia membahasakan DHPP sebagai 'adik bongsu',
Setiausahanya, Nalli setia ke mana bos dia pergi. Pada awal tahun ini,
Nalli menang jawatan pengerusi DHPP melalui proses pengundian. Sekaligus
mencatat sejarah kepimpinan sayap parti bukan melalui pelantikan. Dan
Perak menjadi satu-satunya kepimpinan DHPP Negeri dibuat dalam
pengundian.
Nalli selalu menghubungi aku tentang kegusarannya `isu dalaman yang
sangat sensitif'. Kadangkala penat mendengar keluhannya. Aku cuba
menjadi pendengar yang setia dan prihatin. Hakikatnya akupun buntu.
Akhirnya aku sebut, sabarlah.
Ah Beh bertanding Timbalan Pengerusi DHPP dan menang. Walaupun sudah
bertahun-tahun dia ketuai DHPP, dia sanggup turun pangkat dan
berketuakan bekas Setiausahanya. Ah Beh kalau bercakap tak ada tapis.
Dia bagi sebiji sebiji.
Turut mengistiharkan menyertai GHB ialah Bala, Setiausaha DHPP dibawah
kepimpinan Nalli. Seorang lulusan undang-undang dan sangat minat dalam
memahami Islam. Berasal dari Tanjung Malim. Sudah banyak kali dia datang
rumah aku. Suatu hari dia ziarah rumah aku dan membelek-belek buku aku.
Dia kata, kalau lama dia duduk kat rumah aku, dia mungkin jadi komunis.
Dia sempat berbincang panjang dengan TG presiden. Adalah dosa dia
selama ini akan terhapus bila dia memeluk Islam. Tentu sekali, TG
presiden jawab.
Seorang lagi ahli DHPP yang ikut menyertai GHB ialah Richard Wong. Dia
orang pekan Langkap, satu kawasan dengan aku. Dia fasih berbahasa Melayu
dan sebab itu dia dijemput berceramah di merata tempat. Aku pun tak
pernah terima jemputan macam dia.
Ceramah dia kadangkala kasar. Aku pesan kat dia, jangan ajar orang Umno
tentang Islam. Kadangkala siap dia bawa kitab untuk tunjukkan bukti
Umno salah. Aku kata sensitif. Sejak tu, dia cerita tentang politik
walaupun sekali-sekala terlajak ajar Islam pada orang Islam.
Apabila PAS Melaka menawarkan dia bertanding pada PRU 2013 di Asahan,
dia pergi jumpa aku. "Macamana ni Doktor? Saya mana ada duit...." Susah
hati menerima tawaran itu. Siapa yang nak tolong? Kadangkala naik pening
juga aku melayannya. Akhirnya dia setuju bertanding. Sejak hari
pembubaran parlimen dan hari mengundi dia berkampong di Asahan dan rasa
macam dia tak nak balik ke Pasir Salak.
Hoi Richard.... balik sini! Minum ke pekan Langkap.
Itulah sejemput kisah aku dan dia. Elok dibaca pada pukul 10 malam
dalam Rancangan 'Aku dan Kenangan'. Lagu yang menjadi pilihan adalah
nyanyian Mayang Sari. 'Tiada Lagi'.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan