Home » , » Keadilan serta kematangan Tuan Ibrahim dan Subky Latif yang patut di contohi

Keadilan serta kematangan Tuan Ibrahim dan Subky Latif yang patut di contohi

Written By Wadah Baru on Ahad, 9 Ogos 2015 | 4:50 PTG

Oleh Raja Bahrin Shah

Setelah saya, tanpa dipanggil untuk hadhir di bicarakan, di tuduh bermacam serta di hukum Jawatankuasa Pas Kawasan Kuala Terengganu pada 1 Ogos dan di kecam pula olih ahli ahli Pas di Majlis Liqa pada 3 Ogos, keluarlah pula kenyataan dari Datuk Tuan Ibrahim dan Pak Subky Latif. Kenyataan dari dua orang kanan dan veteran PAS ini saya anggap bernas dan penting.

Datuk Tuan Ibrahim apabila menyentuh tentang ahli PAS yg di kaitkan dengan Harapan Baru (HB) pada 8 Ogos (sumber Malaysian Insider) menyatakan...

"Mereka (Jawatankuasa Pas Pusat) perlu melakukan siasatan dahulu terhadap laporan laporan berkenaan dan memberi peluang kepada mereka yang di namakan dalam laporan itu bagi memberi penjelasan dan mempertahankan diri mereka."

Sikap ini amatlah di alu alukan dan terpuji yg patut di amalkan PAS Kuala Terengganu. Soalan saya kepada PAS Kawasan Kuala Terengganu kenapakah sebelum mengambil tindakkan keatas saya, saya tidak di beri peluang memberi penjelasan dan juga peluang mempertahankan diri ?

 Ini adalah hak asasi seseorang insan di bumi Allah. Adakah mereka begitu berminat dan ghairah hendak menghukum saya sehingga menglupakan keadilan yg di tuntut Islam ?

 Tentang penulisan Pak Subki Latif pula, seorang tokoh veteran dan penulis PAS yg di hormati, dalam artikel Harakahdaily pada 7 Ogos bertajuk "Kisah Malang Raja Bahrin Shah" ada beberapa pandangan yg menarek. Di antaranya beliau berpendapat-

1)Tentang tuduhan pembabitan Raja Bahrin dengan golongan H.B.-

"Tiada apa apa masalah baginya jika ia sekadar NGO kerana dia juga adalah orang NGO yg dipimpin Tengku Razaleigh." Itulah merupakan pendirian saya dalam hal ini.

 Lagi pun saya belum pernah naik atau berucap di pentas H.B.

2)Pak Subky juga berkata-  "Raja Bahrin ada betul dan ada silapnya dan PAS Terengganu pun ada betul dan ada silapnya."  Saperti Pak Subky berkata-  saya pada masa itu masih mengambil jalan tengah mempertimbangkan pelawaan H.B. dan belum naik pentas H.B pun lagi untuk berceramah tetapi saya dihukum, di pulau dan di kecam olih ahli Jawatakuasa PAS Kuala Terengganu terutamanya.

Kalaulah PAS Kawasan Kuala Terengganu bersikap lebih adil saperti  Datuk Tuan Ibrahim dan juga lebih matang serta objektif saperti Pak Subky, situasi yg di hadapi hari ini tak akan ujud. Sikap cepat menghukum tampa peluang pembelaan pihak di tuduhlah yg mengujudkan budaya yg tidak sihat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger