Home » » Apakah Beza Dasar Islam PAS Dan HARAPAN BARU (HB)?

Apakah Beza Dasar Islam PAS Dan HARAPAN BARU (HB)?

Written By Wadah Baru on Ahad, 9 Ogos 2015 | 3:13 PTG

Temubual Dr Mujahid (Mkini). 8 Ogos 2015


1. HB lahir daripada hasrat untuk mengembelingkan tenaga seluruh rakyat dan menghidupkan semula semangat Pakatan Rakyat.

2. Berbeza dari sudut Penegasan ciri2 yang kita nak tonjolkan. Kita tahu Islam itu tidak ada ciri2 yang kita boleh tempelkan. Islam adalah Islam. Cuma dari sudut bagaimana cara orang Islam atau parti Islam atau Organisasi Islam membawa pendekatan Islam itu.

3. HB mengasaskan Islam yang sifatnya RAHMAH (Kasih Sayang), Ramah Tamah. dan bukan Islam Marah atau 'the Compesionate Islam, not the compeling Islam'. Ada setengah pihak tanpa kita sedari, melalui pendekatannya, seolah-olah mengambarkan Islam itu Islam yang marah-marah.

4. Idea berkenaan Pendekatan Islam yang Ramah ini memerlukan kita merungkaikan semua cara kita berfikir, cara kita mendekati orang ramai, cara kita berdepan dan berinteraksi dengan masyarakat berbagai kaum, bangsa dan agama.

5 Ciri yang kami maksudkan ialah Islam yang bersifat Syamilah (Inklusif) bahawa tidak ada seorang pun tertinggal dalam hal ini.

6. Yang kedua, Islam yang sifatnya itu PEDULI bukan hanya soal agama tetapi juga soal politik, sosial, ekonomi, pendidikan yang boleh bagi keadilan kepada semua tidak kira kaum dan agama.
7. Islam yang sifatnya itu melihat perkembangan semasa itu perlu dijadikan sebagai tema bahawa Islam itu mampu bergerak dengan majunya pada setiap masa.

8. Kita mengambil kira soal realiti, perundangan negara, kepelbagaian yang ada tanpa kita cuba nak bulldoze (paksakan). Itu perbezaan nyata dalam konteks isu2 Islam seperti perlaksanaan hudud.

9. Isu2 yang melibatkan sensitiviti orang Islam, kita lebih berminat untuk menggarap persoalan itu melalui dialog, kepercayaan antara satu sama lain, dan lebih penting kita nak memelihara kesepaduan sehingga tidak muncul perpecahan akibat isu itu sehingga mengambarkan Islam itu bersifat tidak boleh berunding dan seolah-olah Islam itu cuba nak paksa orang lain menerima idea-ideanya tanpa dibawa dalam proses demokrasi dan dialog awam.

10. Apa yang kita bawak dalam kerangka negara kita menerimanya sebagai salah satu dari proses demokrasi dan orang ramai boleh berbincang soal itu cumanya perbincangan itu jangan sehingga membawa kepada kebencian dan segala pertentangan idea perlu dilihat sebagai sesuatu yang berada dalam kerangka demokrasi yang sihat dan bukan benci-membenci antara satu sama lain hatta kepada isu yang sensitif sekalipun
.www.harapanbaru.net


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger