Oleh Mohd Sayuti Omar
Bekas Naib Presiden Pas, Husam Musa akan bercakap soal politik selepas bulan puasa ini. Katanya sepanjang bulan puasa ini kita rihat dahulu sambil menumpukan kepada ibadah di sepanjang bulan Ramadhan ini.
"Insya-Allah selepas raya nanti kita akan berjumpa, dan bercakap soal politik seperti biasa," ujarnya ketika dihubungi.
Beliau yang sebelum ini dilaporkan sedikit uzur, sudah beransur pulih sepenuhnya. Bekas Exco Kelantan itu mengalami keuzuran sehinggakan tidak dapat menghadapi muktamar Pas yang baru lalu. Ekoran ketiadaan Husam itu kebetulan pula beliau gagal mempertahankan jawatan sebagai Naib Presiden menyebabkan timbul berbagai spekulasi mengenai beliau.
"Tiada apa-apa yang berlaku, saya masih ahli Pas dan bersama Pas. Kekalahan dalam mempertahankan jawatan adalah ujian daripada Allah s.w.t. terbaik untuk Ramadhan ini," katanya dengan nada ceria sambil menafikan pelbagai sangkaan buruk ke atasnya.
Selain kalah mempertahankan jawatan di muktamar Pas, Husam juga tidak dilantik semula untuk memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan yang dipegangnya beberapa tahun sebelum ini. Dalam penyusunan baru badan Perhubungan Pas Kelantan namanya dicicirkan terus.
Atas apa yang terjadi itu juga Husam tidak berasa dukacita dan sekali lagi takdir itu membolehkan beliau memberi tumpuan sepenuh masa kepada aktiviti kebajikan khasnya membantu mangsa banjir di Kuala Krai dan Gua Musang yang masih memerlukan bantuan khasnya dari segi penginapan dan keselesaan hidup terutamanya bagi menghadapi Aidifitri.
Husam yang turun ke lapangan membantu mangsa banjir sejak hari pertama banjir hingga ke hari ini bersama Ngo Yayasan Darul Hijrah (YDH), sebuah Ngo yang diasaskannya. Selain memberi sumbangan makanan, pakaian serta keperluan lain YDH juga turut sama membina rumah penginapan untuk mangsa banjir.
"Saya masih meneruskan tumpuan kepada membantu mangsa banjir terutamanya dalam menyiapkan kediaman sementara dan kekal buat mereka. Alhamdulilah setakat ini YDH dapat memainkan peranan penting dalam meringankan penderitaan mangsa banjir bersama dengan Ngo dan berberapa pihak lain, dan sumbangan kecil ini juga membantu kerajaan Kelantan," katanya membayangkan dia seronok dengan apa dilakukan.
Berbalik kepada soal politik dan masa depannya dalam bidang itu, sekali Husam mengambil sikap untuk tidak memberi apa-apa komen bila ditanya mengenai sebahagian kawan-kawannya yang kalah sedang mengumpul kekuatan untuk tubuh wadah baru.
Beliau tidak mahu memberi apa-apa ulasan mengenai perkara itu dan tetap bertegas dia akan mulai bercakap politik selepas raya nanti. Yang dapat dipastikan Husam sebagai seorang politician sudah tentu tidak dapat mendiamkan diri terutama dalam melihat kesangsaraan rakyat serta kebejakan penguasan yang gagal untuk membela rakyat.
Sehubungan itu beliau mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk bersama YDH dalam usaha membantu mangsa banjir terutama menjelang 1 Syawal. Sumbangan boleh dilakukan terus kepada akaun Yayasan Darul Hijrah

0 ulasan:
Catat Ulasan