MUAFAKAT BARU MENUMBANGKAN UMNO/BARISAN NASIONAL
Saya menyambut baik pengumuman dan pelancaran Gerakan Harapan Baru yang mengumpulkan ahli-ahli
Parlimen, ADUN dan aktivis yang mempunyai rekod teruji menentang
Umno/Barisan Nasional. Gerakan yang diketuai oleh YBhg Tuan Haji Mohamad
Sabu dan dipimpin oleh tokoh-tokoh yang telah lama berjuang menentang
Umno/Barisan Nasional ini adalah satu perkembangan baik pada kala rakyat
mencari-cari jawapan kepada pelbagai kemelut politik, ekonomi dan
sosial yang melanda negara sekarang.
Saya kenal rapat dengan
tokoh-tokoh ini dan telah bersama-sama mereka memperjuangkan isu rakyat
selama ini. Malah, rekod mereka berjuang untuk membawa perubahan di
dalam negara adalah berkali ganda lebih lama dari saya dan pimpinan muda
yang lain.
Oleh itu, saya mengalu-alukan iltizam mereka untuk
terus berjuang menentang Umno/Barisan Nasional. Saya akan memberi
sepenuh sokongan dan kerjasama kepada mereka untuk menjana gelombang
rakyat menumpaskan Umno/Barisan Nasional menjelang Pilihanraya Umum
ke-14 (PRU14). Saya akan menyertai jelajah yang dianjurkan oleh Gerakan
Harapan Baru selepas Aidilfitri.
Saya yakin pelancaran Gerakan
Harapan Baru ini akan merintis kepada satu muafakat baru yang menyatukan
semua pihak yang mahukan perubahan untuk menumpaskan Umno/Barisan
Nasional menjelang PRU14.
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
Home »
Penulis Tamu
» Rafizi sambut baik Gerakan Harapan Baru
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan