Home » , » PAS Perlu Manfaatkan Fastaqim

PAS Perlu Manfaatkan Fastaqim

Written By Wadah Baru on Isnin, 2 Oktober 2017 | 11:41 PG

OLEH MOHD SAYUTI OMAR

Saya ditanya oleh seorang wartawan apa konklusi saya tentang himpunan Fastaqim 2:0. Dengan membuang cerita buruk di sebalik himpunan itu seperti, peserta tidak bertamokminah, dikatakan berak di tepi pantai dan sebagainya, saya melihat Fastqim 2:0 membawa beberapa pengertian tersendiri.

Pengertian ini mungkin berbeza dengan apa yang dilihat oleh mereka yang marahkan Pas dan membencinya hingga ke tulang hitam.

Pertamanya ia berjaya menghimpun para penyokong dan ahli Pas. Kehadiran dan semangat ditunjukkan, orang Melayu di luar bandar khasnya masih dengan Pas. Kewujudan Amanah parti serpihan Pas tidak memberi kesan kepada Pas setidak-tidaknya untuk ke belakangan ini.

Sehubungan itu, bagi saya elok Pas gunakan kejayaan Fastaqim itu untuk Pas mengistyharakan diri secara gentlemen untuk bersama Umno. Pas tidak perlu takut dan bimbang ahlinya akan lari meninggalkan kalau ia bergabung dengan Umno.

Kajian dibuat oleh IDE yang mengatakan 60% ahli akan tinggalkan Pas, tidak boleh dijadikan sandaran dan dalil yang kuat kerana kajian itu ada motif tersendiri. Peratus itu sengaja diperbesarkan untuk menaikkan timbangan.

Kejayaan Fastaqim 2:0 itu juga menunjukkan kepimpinan Abdul Hadi Awang yang dikatakan sudah menyeleweng dari sifat kepimpinan Nik Aziz Nik Mat masih disokong. Aura keulamaan beliau masih lagi disanjung dan merujakan. Fenomena itu tidak perlu dibimbangi Hadi untuk mengistyharkan Pas bersama Umno.

Seperkara lagi kalau Pas bersama Umno, Pas dapat menyelamatkan kerajaan Kelantan, mungkin akan dapat menubuhkan kerajaan gabungan dengan Umno di Terengganu dan Kedah. Dalam tilikan saya, Pas lebih selesa dan utung bersama Umno daripada bersendirian kemudian kalah yang akan meninggalkan gusi dan lidah sahaja.

Itulah ulasan dan jawaban saya kerpada wartawan berkenaan secara profesional dan rasional. Trims.

2 ulasan:

  1. Ulasan yang bengong, seluruh kepimpinan pas semasa berucap di fastaqim 2.0 menyatakan tidak sekali-kali akan bersama UMNO dan penyokong yang hadir pun setuju dengan keputusan itu, tiba-tiba datang pengulas tua (mungkin dah nyanyok)bagi cadangan jahat supaya bergabung dengan UMNO.

    BalasPadam

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger