Home » , » PKR mahu SPRM pulangkan ‘derma’ RM5 juta dari Najib

PKR mahu SPRM pulangkan ‘derma’ RM5 juta dari Najib

Written By Wadah Baru on Isnin, 2 Oktober 2017 | 11:33 PG

PETALING JAYA: PKR hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulangkan peruntukan RM5 juta yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak semalam kepada sebuah yayasan di bawah agensi itu, dengan berkata ia memberi kesan kepada siasatan terhadap 1MDB membabitkan perdana menteri.

“SPRM wajar mengambil pendirian moral yang jelas dan memulangkan ‘derma’ RM5 juta ini kepada pihak kerajaan,” kata parti itu dalam satu kenyataan oleh Pengarah Komunikasi, Fahmi Fadzil.

“Dengan memulangkan wang ini, SPRM akan menjadi contoh terbaik kepada rakyat Malaysia bahawa bukan sahaja rasuah yang perlu ditolak, malah sebarang hadiah atau derma yang mungkin dilihat sebagai rasuah juga perlu ditolak.”

Beliau berkata ia juga memberi kesan dalam proses saringan SPRM terhadap calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang kerana Najib juga merupakan pengerusi BN.

“Malah sukar mengelak kemungkinan peruntukan segera ini dilihat sebagai suatu hadiah atau derma yang mungkin bermotif politik.”

Najib mengumumkan peruntukan RM5 juta ketika merasmikan bangunan baharu SPRM di Presint 7, Putrajaya semalam.

SPRM merupakan antara agensi kerajaan yang terlibat siasatan salah laku dalam 1MDB dan “derma” RM2.6 bilion kepada Najib, sebelum siasatan itu ditamatkan Peguam Negara yang mendakwa tiada kesalahan dilakukan.

Peruntukan RM5 juta itu turut mengundang kritikan Pusat Membanteras Rasuah dan Kronisme (C4), yang mahu Parlimen memantau segala sumbangan kepada SPRM.

“Kami bimbang ia akan mengaburi mata SPRM,” kata Pengarah C4
PKR berkata peruntukan RM5 juta semalam dibuat selepas Najib mengumumkan nama bakal calon pilihan raya BN dihantar untuk saringan SPRM.

“Oleh yang demikian, untuk mengelak spekulasi atau persepsi tidak sihat, SPRM wajar mengambil pendirian moral yang jelas dan memulangkan ‘derma’ RM5 juta ini kepada pihak kerajaan.

“Dengan memulangkan wang ini, SPRM akan menjadi contoh terbaik kepada rakyat Malaysia bahawa bukan sahaja rasuah yang perlu ditolak, malah sebarang hadiah atau derma yang mungkin dilihat sebagai rasuah juga perlu ditolak,” kata kenyataan itu, yang turut menggesa SPRM dikeluarkan daripada seliaan Jabatan Perdana Menteri supaya melapor terus kepada Parlimen.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger