KUALA LUMPUR: Datuk Seri Azmin Ali berkata, pihaknya terpaksa
memotong peruntukan untuk jabatan kerajaan di negeri itu bagi memastikan
program pembangunan dan kebajikan rakyat dapat dilaksanakan.
“Banyak jabatan kerajaan kemuka bajet untuk pelbagai tujuan, tapi
saya telah beritahu tujuan pengubahsuaian pejabat, membeli kereta baru,
keraian semua akan kita potong kerana kita nak gunakan setiap sen duit
rakyat untuk pembangunan dan kebajikan rakyat negeri Selangor.
“Saya tahu ia satu keputusan sukar, pegawai bekerja kuat bangunkan
negeri, tapi saya percaya pegawai amat faham ini bukan masanya untuk
kita beli kenderaan baru, ubai suai pejabat kerajaan,” katanya ketika
berucap merasmikan majlis menyemarak inisiatif peduli rakyat dan ramah
mesra bersama menteri besar Selangor di Masjid Al-Khairiyah, Gombak,
hari ini.
Azmin berkata, sejak dilantik sebagai menteri besar Selangor 3 tahun
lalu, beliau juga tidak pernah mengubah suai pejabatnya yang sebelum ini
diduduki Tan Sri Khalid Ibrahim.
“Saya sendiri sudah 3 tahun duduk dalam pejabat menteri besar, saya tak tukar apa pun dalam pejabat saya.
“Bagaimana kerusi Khalid ketika itu, itulah kerusi yang saya pakai.
Itulah meja, itulah perabot yang saya pakai kerana saya tidak ada hak
untuk mendapat kekayaan yang terlalu mewah kerana ia milik rakyat, bukan
milik saya sebagai menteri besar,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Azmin menasihatkan pihak pengurusan masjid
tidak terlalu mengharapkan bantuan kerajaan, sebaliknya perlu berdikari
dalam membangunkan rumah ibadat umat Islam.
Ahli Parlimen Gombak itu berkata, lawatannya ke Masjid Jama di New
Delhi, India mendapati masjid itu dibangunkan hasil sumbangan anak
kariah dan umat Islam tempatan tanpa bantuan wakil rakyat.
“Saya tanya nazir masjid, ada tak minta peruntukan daripada wakil
rakyat kawasan, dia kata tidak payah kerana umat Islam dan anak-anak
kariah menyumbang sebegitu besar kepada pembangunan masjid.
“Ini adalah mesej untuk Selangor. Kadang-kadang belum wakil rakyat
memijak masuk ke dalam masjid, surat dah sampai…tapi tidak mengapa, itu
adalah tanggungjawab saya dan negeri Selangor untuk membangunkan masjid
dan surau di Selangor dan itulah kekuatan tamadun di negara kita,”
katanya.
Azmin: Potong bajet ubah suai pejabat, beli kereta demi utamakan rakyat
Written By Wadah Baru on Isnin, 2 Oktober 2017 | 11:26 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan