Home » , » Ayuh,Kita semua supaya sama-sama membuat laporan polis

Ayuh,Kita semua supaya sama-sama membuat laporan polis

Written By Wadah Baru on Selasa, 4 Ogos 2015 | 5:42 PTG


Saya Zulhazmi Bin Shariff merujuk kepada Kenyataan Media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertarikh 3 Ogos 2015 seperti berikut :

"Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada Peguam Negara. Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB"

Kenyataan hasil siasatan SPRM tersebut dengan jelas menyatakan bahawa sebanyak RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri adalah merupakan penjawat awam yang tertakluk di bawah peruntukkan undang-undang Malaysia. Justeru saya membuat laporan ini di bawah peruntukkan Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang menyatakan seperti berikut :

Barang siapa, yang menjadi seorang penjawat awam, menerima atau mendapat, atau bersetuju menerima atau mencuba mendapat, untuk dirinya atau untuk orang lain, sesuatu benda yang berharga, dengan tiada balasan atau dengan sesuatu balasan yang ia ketahui tidak mencukupi, daripada seseorang yang ia ketahui telah, atau sedang, atau mingkin ada kena mengena dalam apa-apa pembicaraan atau urusan yang telah dijalankan, atau yang akan dijalankan, oleh penjawat awam itu, atau yang ada apa-apa perhubungan dengan kerja-kerja rasminya sendiri atau dengan kerja-kerja rasmi seseorang penjawat awam yang di bawahnya ia bekerja, atau daripada seseorang yang ia ketahui sebagai ada kepentingan atau bersangkutan dengan orang yang ada kena mengena demikian itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Saya memohon pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) menyiasat Perdana Menteri Malaysia dengan kadar segera kerana ianya melibatkan integriti pemimpin tertinggi negara dan maruah Malaysia. Sekian laporan saya.

**** Saya mengajak semua sahabat-sahabat yang prihatin tentang masa depan Malaysia dan masa depan kita semua supaya sama-sama membuat laporan polis agar Polis membuat siasatan tanpa memihak.

BERANI BERUBAH.

ZULHAZMI SHARIFF
04082015

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger