Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Kedah sejak dari beberapa sesi lepas
telah menggagaskan politik ilmu dan hujjah sekaligus meletak ketepi
sintimen dan emosi semata mata, atas prinsip inilah maka kami telah
membuat beberapa ketetapan awal berkaitan iklim politik semasa Malaysia
:-
1) Kami menyatakan komitmen dan iltizam kami untuk terus
memberi fokus pada isu rakyat berpaksikan kepada nilai sejagat dan
rahmat yang dibawa oleh Islam.
2) Kami menyatakan bahawa musuh utama dalam usaha
mengembalikan hak rakyat dalam negara ini ialah Umno/ Bn, jesteru
segala senjata yang ada harus diguna untuk menyerang ketempangan dan
kebobrokan urus tadbir negara di bawah regim Umno/ Bn.
3) Kami juga menyatakan kesediaan berkerjasama secara tuntas dengan
rakan rakan yang memilih untuk bersama Gerakan Harapan Baru, dengan
menyedari bahawa garis persamaan dalam perjuangan adalah terlalu banyak
sementara titik kekhilafan dan corak pandang adalah terlalu kecil.
4) Kami juga menyeru untuk pimpinan samada dalam PAS mahupun HB untuk
menghentikan kutuk mengutuk, salah menyalah dan sebagainya. Mari kita
teruskan agenda membela rakyat dengan pendekatan masing masing di
samping terus memacu roda perjuangan ke arah menjunamkan Umno / Bn .
Ahli Jawatankuasa
Dewan Pemuda Pas Kuala Kedah .
PAS dan GHB hentikan kutuk mengutuk, salah menyalah
Written By Wadah Baru on Ahad, 2 Ogos 2015 | 3:28 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan