Oleh WFAUZDIN NS
MELIHAT kepada komitmen Gerakan Harapan Baru (GHB)
sekarang ini yang tidak kenal erti penat dan letih, merata ke pelusuk
negeri untuk melawan rejim Umno/Bn, maka aku merasakan wajib untuk
KEADILAN dan Dap menerima GHB sebagai rakan bersama di dalam misi kita
ke Putrajaya.
Ada yang menuduh GHB adalah kumpulan kecewa dan
ingin mencari kesenangan dunia semata-mata. Bagi aku itu tuduhan bodoh
yang berunsurkan dengki dan khianat yang tidak berkesudahan.
Jika
GHB ingin selesa dan mengejar dunia, kumpulan ini tidak akan berbaik
dengan KEADILAN dan Dap.
Mereka harus keluar parti dan umumkan untuk
bersama Umno/Bn, kompom mereka senang lenang.
Tapi GHB memilih untuk terus susah dan senang bersama rakyat.
Kumpulan ini sewaktu berada di dalam Pas sehingga kini komited melawan rejim.
Ada juga tuduhan kononnya GHB di dalam ceramahnya menghentam Pas. Aku
kerap ikuti program mereka melalui jauh melalui siaran langsung
program-program GHB ini, aku tidak nampak mereka serang Pas.
Jika
ada mereka sebut Pas pun, itu adalah sebagai membalas tuduhan jahat
terhadap mereka. Di samping itu, GHB juga menerangkan misi dan mengapa
GHB wajib diwujudkan.
Selebihnya program mereka terus konsisten menentang rejim Umno/Bn.
Maka,
sudah sampai masanya KEADILAN dan Dap lebih serius untuk menerima GHB
sebagai rakan bersama di dalam PR setelah GHB secara resminya ditubuhkan
sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam secara syumul dengan
pendekatan yang penuh hikmah dan bijaksana.-http://wfauzdin.blogspot.com/
PKR dan DAP harus menerima GHB sebagai rakan menuju Putrajaya
Written By Wadah Baru on Sabtu, 8 Ogos 2015 | 10:21 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan