Oleh Dr Dzulkefly Ahmad
Tidak
syak lagi nilai mata wang ringgit sedang mengalami keruntuhannya paling
parah. Berpandukan kadar penurunannya, ada pihak penganalisis
meramalkan tidak mustahil akan mencecah pertukaran RM4=AS$1 minggu
hadapan.
Kesan terhadap kos sara hidup, inflasi diimport dan kesan kepada
pengimport dan pengeksport pasti terjejas. Peniaga yang berniaga di
sempadan Thailand dan Singapura, sedia maklumi penguncupan nilai wang
kita. Yang menghantar wang kepada anak-anak yang belajar di luar negara
juga tahu.
Semalam ringgit menjunam ke paras RM3.9125 berbanding dollar Amerika,
paling rendah dalam 17 tahun sekali gus menyaksikan Indeks komposit
Bursa Malaysia kehilangan 30.92 mata. Ringgit, mata wang Asia paling
teruk di segi prestasi, kehilangan 9.8% berbanding dollar Amerika,
baht-Thailand sebanyak 6.4%, peso-Filipina sebanyak 2.2% dan
rupiah-Indonesia kehilangan 8.4%.
Pelabur-pelabur asing menjual pegangan saham mereka sejak 14 minggu
lalu secara agresif kerana semakin hilang kepercayaan terhadap ekonomi
Malaysia. Mereka akan mengalami kerugian dalam pertukaran asing atau
"Forex' apabila melabur dalam syarikat-syarikat di bursa kerana ringgit
susut nilainya.
Tekanan atas nilai ringgit berpunca, antara lain, daripada harga minyak
mentah yang turut jatuh. Perkara ini bersangkutan dengan sentimen buruk
akibat tidak kemampuan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar
hutang korporatnya RM42 bilion.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak wajar insaf apabila sentimen
menjadi jelik dan celaka menimpa negara, apabila pasaran kewangan
tempatan tahu berita “perpindahan” RM2.6 bilion ke dalam akaun
peribadinya menjadi viral.
Meskipun Bank Negara Malaysia (BNM) nyatakan untuk tidak lakukan
“tambatan ringgit” sekali lagi, polisi itu mungkin terpaksa digunakan
apabila ringgit mencecah pertukaran 4.10 atau 4.20, mengikut pandangan
penganalisis.
Pada krisis kewangan 1997, kadar pertukaran mencecah RM4.80 = AS$1 serentak menuntut langkah intervensi “tambatan ringgit”.
BNM diketahui “mempertahankan” ringgit dengan membeli ringgit apabila
pelabur menjual secara drastik bagi mengelak suasana “volatility” atau
'ketidaktentuan' yang melampau. Betul, kesan penurunan nilai mata wang
sememang ada baik-buruk. Eksport jadi murah, import jadi mahal dan
sebagainya. Namun, pelabur dan pasaran (market) resah dan tidak suka
suasana ini. Mereka memerlukan situasi nilai mata wang yang lebih
stabil.
Seperkara lagi, ekonomi sesebuah negara ditentukan oleh beberapa
“fundamentals” atau “asas”. Antara faktornya ialah “Simpanan Asing” atau
“Foreign Reserves”. Simpanan asing kita menguncup secara drastik dari
tahap AS$140bilion (RM541b) pada 2013 kepada AS$100.5 (RM350b) pada 15
Julai lalu.
Pada awal Julai lalu, simpanan asing menurun sebanyak AS$5 bilion. Ini
menandakan BNM menggunakan simpanan asing kita untuk “pertahankan”
dengan membeli ringgit apabila penjualan besar-besaran dilakukan oleh
pelabur asing.
Penjualan besar-besaran ini menurunkan nilai ringgit. Penjualan ringgit
bermakna “permintaan” jatuh, sekali gus menurunkan nilai ringgit,
apabila “bekalan” meningkat. BNM lantas membeli ringgit, bagi
pertahankan ringgit, menggunakan “simpanan asingnya”. Namun langkah
intervensi ini adalah berita buruk bagi rakyat, sama seperti berita
“bailout” syarikat sakit kerajaan (GLCs) kerana mengurangkan simpanan
asing negara.
Mengurangkan simpanan asing bermaksud mengurangkan keupayaan dan
“options” untuk BNM bertindak semasa berdepan dengan krisis kewangan.
Penurunan simpanan asing juga bakal mengancam penurunan “penarafan
negara” atau “downgrading sovereign rating” Malaysia.
Ini berita buruk buat negara dan bakal menjadikan kos pinjaman di
pasaran kewangan di Malaysia tinggi atau mahal. Kos menjalankan
perniagaan akan menjadi mahal dan tidak menarik. Malaysia tidak akan
menjadi destinasi pelaburan yang menarik.
Najib selaku menteri kewangan wajar faham kesemua kesan ini apabila
mengurus ekonomi dan kewangan negara secara culas, curang dan tempang.
Pilihan untuk menggunakan kaedah monetari bagi menggamit pelaburan atau
mengelak pelabur menjual ringgit, seumpama meningkatkan kadar faedah
(yakni Kadar Pinjaman Semalaman atau Overnight Policy Rate, OPR),
pastinya akan membebankan lagi rakyat.
Harap Pak Menteri tidak menggunakan hujah Pak Pandir acap-acap. Bukan
mata wang kita sahaja turun, mata wang negara lain pun turun juga (bukan
anak kita sahaja mati, anak orang lain pun mati juga). –
* Dr Dzulkefly Ahmad adalah setiausaha Gerakan Harapan Rakyat.
Nilai ringgit merudum seperti tahap kepercayaan kepada Najib
Written By Wadah Baru on Ahad, 9 Ogos 2015 | 11:17 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan