OLEH KHALID SAMAD
Saya
tidak menganggap diri saya sehebat Khalid Al-Walid. Saya juga berharap
agar tidak ada yang berasa dirinya sehebat Umar Al-Khattab.
Untuk makluman tuan, apabila Khalid Al-Walid dipecat, beliau tidak
difitnah sebagai Jebon, Sekular, Liberal dsbnya terlebih dahulu. Apatah
lagi dituduh sebagai munafik. Tuduhan sebegitu dijauhi ramai kerana
nifaq merupakan satu sifat yang digeruni semua, khususnya untuk diri
sendiri. Saidina Umar sendiri risau dirinya tersenarai sebagai seorang
munafik dan pernah bertanya kepada Huzaifah (RA) mengenainya.
Saya dan sahabat HB yang lain insyaAllah akan meneruskan apa yang telah
kami usahakan sekian lama sejak dulu, iaitu menjadikan perjuangan Islam
sebagai perjuangan yang membela nasib rakyat keseluruhannya, yakni Islam
dan bukan islam. Terpulang pada PAS jika ingin bersama atau sebaliknya.
Berhubung para ulama, perlu tuan fahami sesuatu. Tiada yang mampu
menghina para ulama. Mereka tidak menjadi hina di atas sebab tindakan
pihak lain. Sekiranya ulama menjadi hina, ianya merupakan di atas sebab
tindakan mereka sendiri. Jangan sesekali ulama berdiri bersama pihak
yang zalim atau menjadi pembela atau mengulangi dakyah mereka.
Dalam soal hubungan PAS dan HB, saya mencadangkan agar semua pihak berpegang kepada konsep fastabiqul khairat. Itu pilihan kami dalam HB. Terpulang pada tuan untuk memilih pendirian untuk PAS.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan