Home » , » Selepas parti baharu, Pakatan 2.0 ditubuh

Selepas parti baharu, Pakatan 2.0 ditubuh

Written By Wadah Baru on Jumaat, 21 Ogos 2015 | 10:25 PG

Gerakan Harapan Baru (GHB) yang bakal melancarkan parti baharu penghujung Ogos ini berazam
untuk menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0 (PR 2.0) bagi memperkukuhkan sistem 2 parti sekali gus membuat persiapan menumbangkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).

Setiausahanya, Dr Dzulkefly Ahmad berkata GHB yang akan menjadi sebuah parti politik baharu itu juga akan memperjuangkan kewujudan sebuah masyarakat dan negara Madani yang mengangkat kedaulatan keluhuran undang-undang (As-Siyadah Al-Qanuniyyah).

"Di mana syariat Islam memperkukuhkan penghayatan nilai, akhlak dan amalan serta tatakelola institusi kritikal negara.


"Bersama dengan pimpinan GHB di peringkat nasional, semua tenaga kepimpinan di peringat kawasan dan cawangan ini akan berusaha untuk menubuhkan kembali PR 2.0," katanya dalam satu kenyataan. Dzulkefly turut mengucapkan syabas dan tahniah khususnya kepada semua aktivis yang bersedia meletakkan jawatan dalam parti lama mereka untuk bersama dengan kepimpinan GHB.

Katanya, walaupun GHB belum diisytiharkan sebagai parti politik, individu berkenaan bertekad melepaskan jawatan mereka dan mula memberi fokus kepada pengurusan serta perjuangan parti baharu yang bakal dilancarkan penghujung Ogos ini.

"Mereka bergandingan dengan pimpinan NGO lain, yang juga bertekad untuk bersama menubuhkan parti baharu nanti merupakan tunggak penting yang berpengalaman.

"Bagi menjayakan serta melangsungkan cita-cita murni menampilkan tawaran politik Islam yang bersifat inklusif dan sejagat merentasi kaum, agama dan budaya," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Follow by Email

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger