Home » » 51% PENGUNDI MAJIKAN NAJIB TOLAK (PECAT) NAJIB SEBAGAI PM

51% PENGUNDI MAJIKAN NAJIB TOLAK (PECAT) NAJIB SEBAGAI PM

Written By Wadah Baru on Ahad, 27 September 2015 | 1:53 PTG

1. Kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Salleh Said Keruak yang mengatakan Jawatan Perdana Menteri yang disandang oleh Najib bukannya dilantik oleh Tun Dr Mahathir tetapi ianya berlaku melalui proses Pilihan Raya Umum ke13 yang mana 11 juta pengundi dan Tun M salah seorang daripadanya dan termasuk ahli Umno telah memilih BN yang diketuai oleh Najib adalah sangat melucukan.

2. Saya sangat hairan  bagaimana pengiraan yang dibuat oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia seolah-olah majoriti pengundi telah memilih Najib sebagai PM? Inilah sejarah negara Malaysia yang mempunyai Menteri Komunikasi dan Multimedia yang paling merapu. Saya sendiri mendengar perkataan demi perkataan yang diucapkan oleh Salleh ternyata salah.

3. Angka 11 juta yang disebut Salleh sebenarbya bukan yang mengundi Najib atau jumlah undi yang diperolehi BN. Tetapi 11 juta itu adalah jumlah pengundi yang keluar mengundi pada pilihan raya umum ke13 yang lalu. Daripada 11 juta yang mana angka rasminya oleh SPR ialah 11.2 juta  yang keluar mengundi berbanding 13.2 juta pengundi yang berdaftar. Mengikut SPR, BN mendapat 5.2 juta undi popular bersamaan 47% manakala PR mendapat 5.6 juta undi popular bersamaan 51%.

4. Salleh perlu memahami  Najib menjadi Perdana Menteri bukan dengan sokongan majoriti rakyat. Beliau menjadi PM hanya dengan sokongan undi popular pada BN yang beliau ketuai sebanyak 47%. Jadi amat wajar dengan kelemahan dan penyelewengan serta salahguna kuasa yang meninggalkan kesan buruk kepada ekonomi negara dan membebankan rakyat untuk Najib meninggalkan  jawatan Perdana Menteri Malaysia.

5. Memang benar Tun M bukan bos  yang boleh pecat PM Najib sesuka hati. Tetapi 51% pengundi yang merupakan majikan Najib telah dengan sendirinya menolak (memecat) Najib sebagai PM serta BN sebagai kerajaan. Suatu yang sangat memalukan bila Menteri Kabinet Kerajaan Malaysia masih mempertahankan Najib dan Najib masih pertahankan kedudukannya dan kerajaan BN yang hanya mendapat 47% undi popular. Najib dan BN perlu berundur untuk rakyatnya selamat dan Malaysia yang Berkat.

UNDURKAN NAJIB DAN BN,RAKYAT SELAMAT MALAYSIA BERKAT.

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
27 Sept 2015/13 Zulhijjah 1436.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger