Oleh Muhamad Faiz Fadzil 
Parti politik adalah kaedah (wasilah) bagi memperjuangkan Islam. 
Sebagai agama yang bersifat komprehensif, Islam perlu ditegakkan dalam 
pentadbiran. Bagi mencapai matlamat ini, perjuangan melalui demokrasi 
adalah kaedah terbaik dan kontemporari yang dibenarkan syarak.
Kewujudan pelbagai parti politik Islam bukanlah perkara asing dalam 
dunia haraki Islam sepertimana di Turki, Mesir dan Indonesia. Perjuangan
 sesebuah parti politik Islam sudah pasti berbeza antara negara-negara 
Muslim berdasarkan kepada waqi' atau realiti masyarakat dan demografi 
sesebuah negara. Justeru, Parti Amanah Negara (AMANAH) ditubuhkan bagi 
meneruskan perjuangan Islam yang selari dengan waqi' negara ini.
Kemenangan AK Parti di Turki adalah kemenangan bagi Islam. Rakyat Turki 
yang selama ini ditadbir di bawah sistem sekular, telah kembali menerima
 sistem pemerintahan yang berpaksikan prinsip-prinsip Islam. Polisi 
menjaga kebajikan rakyat, meningkatkan ekonomi negara dan urustadbir 
yang baik dan bersih daripada amalan rasuah adalah prinsip-prinsip Islam
 yang diperjuangkan dan dilaksanakan oleh AK Parti.
AK Parti telah buktikan bahawa Islam mampu dilaksanakan tanpa nama Islam pada parti.
AMANAH telah menggariskan 3 prinsip utama perjuangan di samping amanah 
iaitu peduli, inklusif dan progresif. Jika prinsip-prinsip ini dapat 
diperjuangkan dan dilaksanakan dalam konteks Islam, maka AMANAH mampu 
menunjukkan perjuangan Islam sebenar dan sentiasa relevan kepada rakyat.
Islam bukan hanya pada pelaksanaan jenayah syariah, tetapi Islam 
merangkumi setiap aspek kehidupan dan pentadbiran negara.
Mementingkan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum dan agama, menghormati 
hak dan kebebasan setiap rakyat dalam orbit perlembagaan, meningkatkan 
ekonomi rakyat dan negara serta meletakkan prinsip urus tadbir baik dan 
bersih sebagai asas pentadbiran akan pasti melengkapkan prinsip-prinsip 
utama AMANAH yang memenuhi tuntutan syarak.
Menjatuhkan UMNO dan
 Barisan Nasional dengan menguasai Putrajaya adalah 'gateway' kepada 
pelaksanaan dasar Islam.Justeru, sebarang fatwa politik atau amanat yang
 boleh membawa kepada polemik dan perpecahan rakyat perlu diketepikan. 
Islam bukan pada kulit tetapi pada isi, begitulah juga ia bukan pada 
nama tetapi pada pelaksanaan.
Bagaimana mampu dikejar akhirat 
jika amanah di dunia ditinggalkan. Membebaskan rakyat daripada 
kemiskinan dan kesusahan dan mewujudkan sebuah masyarakat yang hidup 
dalam harmoni dan membangun adalah amanah yang perlu dipikul bersama 
setiap pencinta AMANAH.
Tiada mana-mana badan yang mempunyai 
autoriti untuk mengeluarkan fatwa tentang halalnya sesebuah parti 
politik. Namun sebarang pandangan dan kritikan konstruktif adalah 
diharapkan agar dapat memantapkan perjuangan AMANAH supaya sentiasa 
fokus dan progresif.
Amanah telah pun diluluskan pendaftarannya.
 AMANAH kini perlu pandang ke hadapan untuk pembinaan sebuah politik 
Islam yang baru sebagai alternatif kepada masyarakat untuk 
menterjemahkan
Muhamad Faiz Fadzil @ Ali
Timbalan Ketua Pemuda
Parti Amanah Negara (AMANAH) Peringkat Nasional.
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
 



 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 ulasan:
Catat Ulasan