Bekas pemimpin PAS sahkan dakwaan Husam isu UG .Bekas pemimpin PAS Selangor Khalid Samad berkata dakwaan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor tahun lalu adalah benar.
"Apa yang (Datuk) Husam sebut malam semalam sebenarnya bukan baru," kata MP Shah Alam itu dalam rakaman ceramah Parti Amanah Rakyat (AMANAH) pada 6 November yang dimuatnaik di Youtube.
Khalid yang kini anggota jawatankuasa AMANAH berkata rancangan untuk membentuk kerajaan perpaduan Umno-PAS di Selangor, bermula pada 2008 sewaktu beliau menjadi timbalan pesuruhjaya PAS negeri itu.
Beliau berkata Abdul Hadi, Timbalan Presiden ketika itu Nasharuddin Mat Isa dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali merancang untuk bertemu Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo bagi membincangkan kerajaan perpaduan.
Rancangan itu terhalang ekoran plan berkenaan dibocorkan dan ahli jawatankuasa PAS menentangnya dan bersemuka serta bertanya terus terang dengan presiden di ibu pejabat parti, kata Khalid dalam majlis itu di Dungun.
"Kita ramai-ramai pergi jumpa Ustaz Hadi di Jalan Raja Laut di Pejabat PAS. Maka kita bersemuka, kita tanya terus terang. Diakui nak jumpa Pak Lah. Kita tak setuju," katanya.
Akhirnya, katanya, pertemuan tersebut dengan Abdullah dan Khir dihadiri beliau sendiri, Setiausaha Agung PAS ketika itu, Datuk Mustafa Ali dan Nasharuddin dan "kita tolak" cadangan kerajaan perpaduan itu.
Ia dipercayai bahawa Khalid merujuk kepada tempoh sejurus selepas pilihan raya umum ke-12, yang mana menyaksikan BN kalah majoriti kerusi di lima negeri termasuk Selangor dan perak.
Beliau mendakwa rancangan yang sama cuba dilakukan di Perak, seperti Selangor, PAS mendapat kerusi yang sedikit berbanding DAP dan PKR.
PAS, PKR dan DAP membentuk kerajaan di Perak dan Selangoor tetapi kerajaan Perak digulingkan pada 2009 ekoran ADUN PKR dan DAP melompat kepada BN.
Minggu lau, bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mendedahkan rancangan Hadi yang merancang untuk membentuk kerajaan kerajaan perpaduan di Selangor selepas PKR dan DAP menarik sokongan kepada Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tahun lalu.
Khalid Ibrahim memegang kuasa selama dua minggu dengan sokongan PAS dan ADUN Umno selepas PKR dan DAP menggugurkan sokongan selepas beliau dipecat dari PKR.
Mengesahkan dakwaan Husam itu, Khalid Samad mendakwa Timbalan Presiden PKR Azmin Ali ditawarkan sebagai menteri besar kepada kerajaan perpaduan yang dicadangkan.
Khalid berkata berlaku selepas dua ADUN PAS menarik sokongan kepada Khalid yang menyebabkan sultan memanggil Khalid ke istana, katanya.
"Yang ditawar pada Azmin, bukan diberitahu kita. Kita AJK PAS pusat. Tiba-tiba kita dengar. Siapa yang beritahu? Azmin yang beritahu.
"Azmin terkejut. Dia beritahu pada Dr Hatta (Ramli) dan Dr Hatta beritahu kita dan kita bawa pada AJK PAS Pusat.
"Dia kata, "ya". Dia kata 'mereka curi dua (ADUN) kita', kenapa kita tak boleh curi org dia?' apa? Lalu benda yang dibuat. Dia (Hadi) tawarkan, bukan dia bincang dengan kita," kata Khalid Samad. -mk
#
Husam Berkata Benar, PAS Tidak Perlu Wujudnya Nafi Rancangan Kerajaan Perpaduan
http://greenboc.blogspot.my/2015/11/husam-berkata-benar-pas-tidak-perlu.html?m=1
Husam Berkata Benar, PAS Tidak Perlu Nafi Rancangan Kerajaan Perpaduan
Written By Wadah Baru on Isnin, 9 November 2015 | 9:05 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan