Home » , » Husam dakwa Hadi akui mahu bentuk k’jaan S'gor bersama Umno

Husam dakwa Hadi akui mahu bentuk k’jaan S'gor bersama Umno

Written By Wadah Baru on Jumaat, 6 November 2015 | 11:10 PG


Sekarang, menurutnya, Hadi melontarkan pula idea baru kepada umum, iaitu untuk menjadi "penasihat kepada kerajaan" sebagai kesinambungan daripada usaha kerjasama ini.

Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mendakwa presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor.

Walaupun ADUN Salor yang masih kekal bersama PAS itu tidak menyatakan tempoh masa berkenaan, namun dipercayai beliau merujuk semasa Pakatan Rakyat ketika itu menghadapi krisis berhubung pertukaran menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Mohamed Azmin Ali tahun lalu.

"Presiden kita sendiri mengaku apabila ditanya ramai-ramai.

"Dia mengakui mengajak dua atau tiga ADUN PKR untuk menyertai PAS bagi membentuk kerajaan negeri Selangor bersama Umno.

"Presiden akui jika mereka mempunyai jumlah mencukupi mereka akan membentuk kerajaan bersama Umno di Selangor.

"Kalau presiden kata tidak, sila nafi. Kalau presiden tanya, kenapa beritahu, saya tanya balik, kenapa buat?," katanya dalam loghat Kelantan.

Husam berkata demikian dalam satu ceramah di Pasar Kedai Mulong, Pasir Mas. Video ucapan beliau juga dimuat naik pagi ini di Facebook.

Husam juga mendedahkan cadangan kerjasama itu menjadi punca perpecahan dalam PAS sebelum ini sehingga melahirkan kumpulan serpihan yang membentuk parti baru Parti Amanah Negara (AMANAH).

"Saya jadi begini, Mat Sabu jadi begini, adalah kerana konspirasi orang Umno dengan kerjasama orang PAS," katanya merujuk kepada bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang kini presiden AMANAH.

Husam berkata, perancangan kerjasama dengan Umno itu tidak berhenti setakat itu saja gagal selepas ditolak akar umbi PAS.

"Niat di hati sudah ada, tetapi kerana rakyat jelata tidak boleh terima lagi, bila campak (idea) penasihat, bagaimana?," soalya dalam ceramah itu.

Beliau dipercayai merujuk kepada kenyataan Hadi baru-baru ini yang dilaporkan berkata, PAS bersedia menasihati kerajaan BN menguruskan masalah berhubung 1MDB, cukai barangan dan perkhidmatan (GST), perumahan serta kejatuhan nilai ringgit, dengan syarat Umno mengubah pemerintahannya selaras dengan Islam

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger