Home » , » Jangan keliru isu perpaduan Melayu

Jangan keliru isu perpaduan Melayu

Written By Wadah Baru on Ahad, 1 November 2015 | 3:55 PTG

Oleh TS Muhammad Taib 

Kini timbul kesah Melayu kena bersatu. Tiba2 soal Melayu bersatu menjadi sangat penting. Cerita nak bersatu ni adalah cerita yang baik. Lama dah kita bercerita pasal bersatu. Namun ada perbezaan soal bersatu dan soal memilih pemimpin yang baik untuk menyatukan orang Melayu.

Di Indonesia cerita begini pun sama. Mereka sudah memilih ramai pemimpin. Semua kata 'Bhinneka Tunggal Ika'.  (Bebeda2 tapi tetap satu).

Nampaknya mereka masih mencari2 kejayaan. 
Didoakan President Jokowi sekarang dapat membawa Indonesia ke mercu kejayaan.

Di Malaysia yang penting sekarang dan menjadi prioriti ialah soal good governance. (Pentadbiran yg baik). Negara ini kaya. Org cerdik ramai.
Infrastructure baik. Pendidikan baik. (Hanya perlu sedikit adjustment). Negara aman. Tak ada gempa bumi & malapetaka alam. (Tolong jangan jadikan Kipidap, Ali Tinju dan Jamal Ikan Bakar sebagai  ikon Negara) Ini langkah mundur. Kita ada ramai orang cerdik
boleh di kedepankan.

Kita perlu kepada pentadbiran yg baik, transparent, prudent dan amanah.

Sekarang terlalu banyak skandal yang sangat besar diketahui rakyat. (Saya tidak bercadang nak ulang semula).

Ada semacam kegelisahan dirasai bila kita bertemu sesama kita. Bukan soal Melayu bersatu atau tak bersatu.
Soalnnya Negara perlu kepada pemimpin yg baik, amanah, tidak boros etc.

Nabi Muhammad saw tidak mengajar kita berfikir secara kelompok semata2. Semasa di Mekah seruan Baginda 'Hai manusia ......'
Semasa di Madinah seruan Baginda  'Hai orang2 yg beriman.....'

Kini kita hidup 1,400 tahun selepas Baginda. Perlu kita lebih baik dan lebih hibat.

Kita tercari2 pemimpin seperti Khalifah Umar Abdul Aziz. Benar2 bersikap sederhana dan menjaga rakyat terbanyak terutama yg miskin.

Kita sudah tidak berminat dengan pemimpin yg boros serta menjaga kroni2 di sekelilingnya sahaja dan rakyat miskin digula2kan sekali sekala dengan RM600 atau RM800 sahaja.

Bagi mereka yang secara tiba2 suka sangat berkata Melayu mesti bersatu saya fikir mereka ini semua 'miss the point' (tersasar dari target).

Orang Melayu perlu kepada pemimpin seperti Umar Abd Aziz.
Sederhana, amanah dan beriman.

Salam.

TS Muhammad Muhammad Taib

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger