Sepatutnya PPP ini berperanan membuat analisis berasaskan data2 kuantitatif, bukannya membuat membuat sesuatu rumusan berasaskan andaian dan prasangka semata2.
Dr. Zuhdi silap besar apabila mengatakan PH sekarang sedang berkonflik, kerana hakikatnya konflik parti2 pembangkang hari ini adalah legasi PR di mana PAS adalah antara satu dari komponen penting.
Dan semua orang tahu bisul PR asalnya datang dari PAS. Walaupun PAS adalah pihak penerima manfaat besar dari keputusan PRU 2008, PAS bermain kayu tiga apabila terlibat dlm rancangan membentuk kerajaan dan kerjasama dgn musuh tradisinya, Umno tanpa diketahui rakannya PKR dan DAP.
Bisul PAS inilah punca DAP tidak percaya PAS lagi dan akhirnya membawa keretakan dalam PR.
Demikian juga kes DUN Damansara dan fitnah pil kuda dalam PRU 2013 terus meletakkan PAS sebagai pihak yg menjadi punca perpecahan dalam PR.
Hari ini, PH adalah suatu gabungan baru yang sangat diharapkan oleh rakyat yg ingin melihat BN ditumbangkan dalam PRU akan datang, dilihat sangat meyakinkan dan dijangka lebih kukuh berbanding PR memandangkan komponen barunya, Amanah adalah parti yg lebih konsisten dan tersusun berbanding PAS yang tidak konsisten dari segi sikap dan pendirian politiknya.
Dr. Zuhdi gagal membezakan antara konflik dengan simulasi politik berhubungan pendirian PH dalam isu TPPA.
Masih terlalu awal untuk merumuskan bahawa PH gagal mencari kata sepakat dalam isu ini kerana TPPA adalah isu yg melibatkan maklumat dan teknikal yg perlu difahami dan diperhalusi oleh PH secara keseluruhannya.
Sangatlah menjelikkan apabila Dr. Zuhdi mendabik dada mendakwa PAS konsisten membantah keras keputusan kerajaan untuk terlibat dalam perundingan TPPA. Ini kerana pengakuan PAS ini tidak diyakini banyak pihak, memandangkan sikap berdolak dalik parti ini dalam banyak isu yg mempunyai hubungan dgn Umno.
Di mana jujurnya PAS apabila mengatakan mereka menentang TPPA tetapi pada masa yg sama bersikap berkecuali dalam usaha pembangkang menolak budget yang ternyata tidak banyak membawa kebaikan kpd rakyat.
Jadi dalam hal ini, Dr Zuhdi tidak perlu menyibukkan diri dalam urusan PH yg sebenarnya jauh lebih baik dari yg dihipotesiskan oleh beliau
Ulasan seorang penganalisis politik tempatan berhubung statement PPP @ Zuhdi
Written By Wadah Baru on Rabu, 25 November 2015 | 4:06 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan