1. Kejadian pergaduhan di kompleks beli-belah Kota Raya, Kuala Lumpur kelmarin yang disusuli laporan berita dan khabar angin mengenai perselisihan kaum adalah sesuatu yang tidak sihat sedang berlaku dalam negara.
2. Mewakili Parti Amanah Negara (AMANAH), saya menyeru seluruh rakyat Malaysia agar tidak langsung terlibat atau mempercayai provokasi perkauman yang cuba disebarkan melalui pelbagai saluran media ketika ini.
3. Keamanan, kestabilan dan keharmonian antara kaum perlu di kekalkan di Malaysia ini. Di tengah-tengah kejatuhan ekonomi, mata wang serta skandal rasuah yang melanda kepimpinan tertinggi negara, isu survival kaum sememangnya sudah dijangka akan ditiupkan dan dinyalakan semata-mata untuk memenuhi hasrat beberapa individu berkepentingan.
4. Saya berharap pihak polis dapat bertindak segera memadamkan tiupan api perkauman ini tanpa memilih bulu, atau prejudis kepada mana-mana pihak. Pihak polis bertindak 'without fear or favour' dalam usaha mengekalkan keamanan negara.
5. Sikap memihak kepada pihak tertentu sahaja, tidak menjamin keamanan akan dapat dikawal sebaiknya. Saya yakin kewibawaan pihak polis untuk bertindak dan mengawal keamanan negara dengan peruntukan undang-undang sedia ada. Yang penting, perlu amanah dan bertanggungjawab dalam melakukan tugas.
6. Semoga rakyat Malaysia terus berada dalam suasana aman dan tenteram terutamanya menjelang tahun baharu dan beberapa perayaan yang akan dilalui pada penghujung tahun ini.
"Harapan Baru"
HJ MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
22 Disember 2015
10 Rabi'ul Awwal 1437H
Pergaduhan Di Kota Raya : Jauhi Provokasi Perkauman
Written By Wadah Baru on Selasa, 22 Disember 2015 | 2:53 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan