Home » » Rintis pertemuan berkala PAS - Umno

Rintis pertemuan berkala PAS - Umno

Written By Wadah Baru on Sabtu, 19 Disember 2015 | 11:20 PG

Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 hari ini memuktamadkan tujuh resolusi yang antaranya menyeru 'KERJASAMA POLITIK' antara PAS dan Umno.

Presiden Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Malaysia, Prof Madya Datuk Mohd Fakhrudin Abdul berkata, seruan itu penting kerana boleh membawa kepada perpaduan umat Islam yang lebih baik dan harmoni.

"Multaqa Serantau memutuskan tujuh resolusi, iaitu mengajak umat Islam agar bersatu, menjaga adab dalam berbeza pendapat, mewujudkan satu jawatankuasa penaja untuk mengadakan 'PERTEMUAN BERKALA' antara PAS-Umno," katanya yang dipetik portal Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Mohd Fakhrudin berkata, perpaduan antara PAS dan Umno ditekankan dalam resolusi ini kerana sudah tiba masanya umat Islam bertaut sepertimana yang diajar oleh Nabi SAW.

"Umno dan PAS perlu bekerjasama demi kebaikan ummah, perbezaan ideologi politik harus diangkat sebagai kelainan pendekatan.

"Ia tidak semestinya dileburkan menjadi satu namun perbincangan dan dialog secara efektif dan berterusan harus dilakukan agar wujud keakraban hubungan dan pandangan. (PAS-Umno) hadapi cabaran, tentang ideologi barat dan ideologi asing," katanya yang dipetik poratl itu.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa ucapan perasmian multaqa itu menawarkan hubungan kerjasama Umno bagi membentuk hubungan rapat dengan PAS dengan memetik ayat al-Quran tentang kepentingan perpaduan.

"Al-Quran dengan jelas menggariskan prinsip-prinsip perpaduan. Seperti ayat 103 surah ali-Imran menyatakan kita harus berpegang teguh kepada tali Allah," katanya.

Najib berkata, ini bermakna bahawa ia bukan satu pilihan tetapi adalah wajib untuk semua umat Islam untuk mematuhinya.

Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 yang berlangsung selama tiga hari itu berakhir hari ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger