Home » » Catatan buat kakanda Nasruddin Tantawi.

Catatan buat kakanda Nasruddin Tantawi.

Written By Wadah Baru on Selasa, 19 Januari 2016 | 11:29 PG


Ringkas saja.
Sekadar muhasabah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ


JAUHI FITNAH
Dan ber"tabayyun"lah dalam setiap perkara yang disampaikan.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10153826181949876&set=a.10150215629584876.329083.632394875&type=3&theater

Dalam politik Islam...
Benda yg jelas haram, tetap hukumnya haram walau dlm politik, dan mmg haram dilakukan pada sesiapa sekalipun. Fitnah, adu-domba, pembohongan, pencurian, khianat janji, mungkir janji, memaki-hamun, melabel buruk, semua itu adalah benda yg dah jelas haram, dan hukumnya tetap haram walau bagi tujuan politk sekalipun.

"Matlamat untuk menang, atau sekalipun matlamat utk berdakwah, tidak pernah sesekali menghalalkan segala kebathilan dalam wasilah yg dilakukan utk tujuan baik itu..."

Ada yg benci tahap tak keruan pada DAP, ada yg dah benci bersungguh-sungguh pada IRC (yg dah tiada pun), dan ada yg benci bersangatan pada IKRAM, (up: Fuad Salleh), bahkan ada yg benci-sebencinya dan selamanya pada susuk Anwar Ibrahim, atau bencilah pada sesiapa musuh sekalipun.

Namun Allah tetap pesan,
Jangan pulak kebencian itu sampai mengharuskan kamu lakukan sesuatu yg haram tersebut. Jangan disebabkan benci, segala kejahatan dan kezaliman dilakukan pada seseorg atau sekumpulan yg kamu benci itu.

Ittaqullah ikhwah..!

Buat Nasrudin Hassan At Tantawi,
Ketua Menteri Pulau Pinang sejak awal-awal lagi tegur kenyataan kamu itu salah, silap, minta tarik balik, sebab ia melibatkan maruah dan FITNAH yg besar buat LGE, buat DAP, dan buat Pakatan, bahkan merosakkan nama Kerajaan Pulau Pinang.

Tapi kamu sebut, kalau salah, then saman, bawa ke court. Selepas itu lama LGE dan DAP mendiamkan diri, tak sampai mungkin utk proceed dgn saman dalam kes itu. Tapi bertubi-tubi pula kamu dan pengikut kmau mencabar LGE utk saman, jangan diamkan diri sahaja. Tidak sedikitpun kamu rasa bersalah melakukan FITNAH sebeesar demikian, yg cukup menggembirakan Umno.

Dalam politik Islam, neraca sebenarnya bukan hanya mahkamah, polis, atau SPRM, atau hukuman dunia semata.

Neracanya adalah"takutkan Allah".

Menyebar sesuatu yg "belum ditabayyun" adalah satu yg Rasulullah sebut sebagai "pendusta" (penfitnah), dan pelakunya menerima dosa yg ber"jariah" selamanya. Semua itu kamu tahu, tapi apakah kamu buang semua itu, hanya kerana kebencian kamu apda DAP dan LGE?

Natijahnya,
Kesalahan peribadi yg kamu lakukan itu, habis segala jentera parti, segala pengikut, segala tulisan kamu arahkan utk attack seseorg yg kamu tak suka itu. Sampai viralkan bermacam tulisan dan printscreen demi utk menyeru segala macam ahli bawahan bersolidariti bersama kamu berlawan musuh kamu itu.

Allah sebut;

"Wahai orang-orang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum itu, mendorong kamu untuk berlaku tidak adilkepad amereka. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan".

[ Al-Maidah : 8 ]

Nabi sebut;

گفى بالمرء كذبا أن يحدث بكل ما سمع

"Cukuplah seseorg itu dianggap sebagai seorang "pendusta" (penfitnah) tatkala dia terus menyampaikan apa sahaja yang diterimanya (tanpa tabayyun)."

Wallahu'alam.
Pesanan untuk semua, terutamanya yg menulis ini.

#

Nasrudin tarik balik artikel singgung KM Pulau Pinang
http://www.malaysiakini.com/news/327244

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger