Home » » Kes saman fitnah YAB Lim Guan Eng vs YB Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi.

Kes saman fitnah YAB Lim Guan Eng vs YB Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi.

Written By Wadah Baru on Selasa, 19 Januari 2016 | 11:32 PG

la bukan tentang DAP vs PAS. la bukan tentang Kafir vs Islam. Ia bukan tentang Cina vs Melayu. la tentang integriti, kredibiliti dan sifat bertanggung jawab ketika berpolitik. Untuk parti apa pun, untuk agama apa pun, untuk bangsa apa pun ketelusan mengeluarkan fakta amat penting.

Soalnya sekarang, sudah terbukti terang-terangan Ketua Penerangan Pas Pusat Nasrudin Tantawi telah memfitnah Lim Guan Eng. Apakah Islam menghalalkan fitnah walaupun yang memfitnah itu ialah seorang ustaz Pas keatas bukan Islam?

Penyokong Pas masih berdolak dalih mempertahankan pemimpin mereka yang sudah terang memfitnah meskipun telah terbukti di Mahkamah bahawa beliau telah melakukan tuduhan fitnah.

Kembalilah kepada Islam yang syumul. Saidina Ali sendiri pernah akur kepada keputusan mahkamah di dalam kes baju besinya (baju perang) di curi oleh seorang Yahudi. Meskipun di pihak yang benar, beliau menyedari bahawa keputusan perbicaraan tidak menyebelahi di pihak beliau. Maka beliau akur

Akhirnya Yahudi tersebut memeluk Islam kerana kagum dengan keadilan Islam yang membicarakan kes tersebut melalui proses undang-undang dengan setelus-telusnya. Begitu juga dengan Saidina Ali yang berlapang dada menerima keputusan tersebut

Keadaan ini tentulah berbeza apabila pihak Lim Guan Eng berjaya membuktikan di Mahkamah bahawa proses tender yang terbuka tentang projek terowong bawah tanah telah di laksanakan oleh pihak kerajaan negeri Pulau Pinang.

Apa yang nak di nafikan lagi jika anda telah terbukti bersalah? Sikap yang sebeginilah menjadikan rakyat semakin sempit meragui ketelusan Pas di dalam berbicara/berceramah/mengeluarkan kenyataan.

Berhentilah melakukan kenyataan yang tidak benar. Tiada untungnya dari segi 'politikal millage' untuk parti politik memburukkan lawan dengan memfitnah meskipun lawan kamu itu bukan Islam.

Admin
~#UAA_SUPPORTERS

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger