Home » , » Parti tidak boleh disaman.

Parti tidak boleh disaman.

Written By Wadah Baru on Selasa, 19 Januari 2016 | 11:33 PG

 Oleh ~Saifuddin Nasution Ismail

Penjawat jawatan parti boleh di saman. Apabila parti memberi sebab musabab kenapa tindakan diambil terhadap Tan Sri Khalid. Dan beliau tidak berpuas hati maka sebagai Setiausaha Agung parti ketika itu saya menerima saman.

Kes berakhir dengan 'mutual apology' di antara saya dan Tan Sri Khalid. Selain peguam-peguam kami, DSAI turut membantu menyelesaikan beliau hadir di mahkamah hari itu. Saya minta maaf dan Tan Srii Khalid minta maaf. Kes tamat. Saya tak kena bayar apa-apa Tan Sri Khalid juga tak bayar apa-apa.

Hari ini kes Lim Guan Eng saman MP Temerloh juga selesai dengan pengakuan YB Ustaz Nasruddin Tantawi di hadapan hakim dirakam seperti berikut, "I have decided to withdraw the portion of the article which offended Lim because IT HAS NO BASIS'(Saya telah memutuskan untuk menarik balik sebahagian artikel yang tersinggung Lim kerana ia tidak mempunyai asas). MP Temerloh kena bayar kos RM10 ribu ringgit dan Lim Guan Eng seperti juga saya dan Tan Sri Khalid. Tak kena bayar apa-apa.

Sementara saya dan Tan Sri Khalid teruskan kegiatan seperti biasa. Kes MP Temerloh dan Lim Guan Eng diberi naratif "Ulama Lawan Kuffar", "Islam Lawan Kafir" oleh sesetengan kalangan. Ke situ pulak!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger