Pakatan Harapan akan melancarkan perjanjian rasmi pada 9 Januari ini
yang akan ditandatangani
bersama oleh tiga parti, Parti Keadilan Rakyat
(PKR), Parti Demokratik Rakyat (DAP) dan Parti Amanah Negara (Amanah)
bagi mengelakkan berlakunya kesulitan yang tidak diduga sebagaimana
dalam Pakatan Rakyat.
Laporan media menyebut perjanjian ini adalah penting kerana ia
mengandungi mekanisme untuk menguruskan perbezaan di antara tiga parti
sekiranya berlaku pertikaian dan bagaimana untuk menguruskan pakatan
dalam pilihanraya dengan parti-parti politik diluar pakatan itu seperti
PAS.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dipetik sebagai berkata, Pakatan
Harapan bersetuju membentuk satu pakatan rasmi dengan parti Islam
konservatif itu tidak dapat dielak kerana gabungan itu mahu mengelak
daripada pertandingan pelbagai penjuru dalam pilihan raya umum akan
datang.
Rafizi yang terlibat dalam penggubalan perjanjian ini menyatakan
terdapat juga penekanan yang jelas mengenai keperluan untuk menangani
apa-apa "masalah berbangkit" dalam gabungan itu.
"Sebagai contoh, tidak lagi menjadi pemahaman 'bersetuju untuk
tidak bersetuju' seperti yang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Kita perlu
menangani isu-isu dan mencari kata sepakat.
“Perjanjian itu juga sehingga ke satu tahap tertentu bagaimana
setiap pihak bekerja secara luaran, dan juga bagaimana ia memudahkan
hubungan kerja di antara ketiga-tiga parti.
“Terdapat satu artikel khas hanya untuk menangani dan menguruskan
hal-hal berkaitan seorang ahli tidak menunjukkan rasa hormat atau
serangan ahli parti lain dalam Pakatan Harapan,” ujarnya.
Rafizi berkata beliau berharap perjanjian gabungan itu akan
mengerakkan Pakatan Harapan ke arah menjadi lebih "organisasi-centric"
dan kurang fokus kepada personaliti politik.
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub pula dipetik berkata,
perjanjian itu juga akan menetapkan peraturan yang jelas bagi setiap
pihak jika mereka memilih untuk membentuk pakatan pilihan raya dengan
parti-parti politik lain seperti PAS.
"Pakatan Harapan akan cuba yang terbaik dalam apa jua cara untuk
mengelakkan pertandingan tiga penjuru, tetapi apa-apa bentuk kerjasama
dengan mana-mana parti politik perlu dibincangkan dan disahkan terlebih
dahulu.
"Sebagai contoh, jika anda (PKR) mahu mempunyai pakatan pilihan raya
dengan pihak tertentu (PAS) ia mesti dibawa ke Majlis Presiden Pakatan
Harapan terlebih dahulu dan mesti ada kata sepakat berhubung dengan
syarat-syarat kerjasama dengan pihak itu sebelum boleh meneruskan
kerjasama.
"Tiada keputusan unilateral," katanya.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah pula
berkata, perjanjian gabungan itu berada di peringkat akhir yang sedang
dirangka, dan Majlis Presiden akan bertemu sekali lagi untuk
membincangkan perkara itu sebelum majlis menandatangani perjanjian itu
dibuat pada 9 Januari.
"Majlis Presiden akan bertemu pada 5 Januari ini. Kami merancang
untuk mengadakan Persidangan Pemimpin Pakatan Harapan pada 9 Januari
2016, di mana perjanjian itu dijangka ditandatangani tiga parti.
“Sehingga saat itu , saya tidak sepatutnya mendedahkan apakah isi
kandungan perjanjian itu, "katanya sebagaimana dipetik dari Malaymail
online hari ini.
Pakatan Harapan kukuhkan kerjasama dalam PRU-14 melalui perjanjian rasmi
Written By Wadah Baru on Isnin, 4 Januari 2016 | 2:20 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan