Biro
Tanah dan Luar Bandar Parti Amanah Negara (Amanah) sedang
menyiapkan
pelan strategik bagi membela masyarakat pekebun kecil, peneroka Felda,
peneroka bandar, Orang Asal dan penduduk di Sabah Sarawak.
Pengerusinya,
Mazlan Aliman berkata, pelan berkenaan akan diumumkan akhir bulan ini
dengan mengambil kira pelbagai pandangan dan indikator semasa terutama
harga komoditi yang tidak menentu.
Menurutnya,
harga getah beku pada masa ini berlegar pada kadar RM2.20 sekilogram
sekaligus menjejaskan sosio-ekonomi 300,000 pekebun kecil getah di
seluruh negara manakala pekebun sawit dan peneroka Felda sudah lama
mengeluh ekoran harga Minyak Sawit Mentah (MSM) yang juga tidak stabil.
“Harga
getah beku sebelum akhir tahun 2011 sekitar RM7 sekilogram. Mekanisme
baharu yang diumumkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi meningkatkan
harga getah sedang dinantikan.
“Hutang/kos
tanam semula yang mencecah RM100,000, projek perumahan Generasi Baharu
Felda yang terbengkalai di sana-sini dan isu Kadar Perahan Gred (KPG)
menambah sengsara peneroka,” ujarnya dalam kenyataan beliau hari ini.
Mengulas
situasi kejatuhan saham FGV, Mazlan menyifatkan sukar untuk berbincang
dengan ‘kerajaan bebal’ memandangkan risiko penyenaraian FGV telah
diperkatakan banyak pakar ekonomi tetapi tidak diendahkan.
“Saham
FGV menutup tirai 2015 pada harga RM1.71, gambaran buruk dijangka
berterusan untuk tahun 2016. Alasan suasana ekonomi global sekali lagi
digunakan oleh pengurusan FGV dan kerajaan.
“Konvensyen,
forum, himpunan Oren, serahan memorandum hingga ke Istana Negara dan
bersiri tindakan mahkamah dilakukan. Semua cadangan dan pandangan
disanggah. Mengapa tidak mahu mengakui kesilapan dan kegagalan
sendiri?” soalnya.
Beliau
berkata, kerajaan melalui Kementerian Perusahaan Perladangan dan
Komoditi begitu lemah bahkan cubaan pihaknya untuk mengadakan pertemuan
dengan menteri terbabit, Datuk Douglas Uggah Embas masih gagal sehingga
hari ini.
“Barangkali
buat demonstrasi besar-besaran depan pejabat menteri di Putrajaya dan
dilonggokkan Buah Tandan Segar Sawit (BTS) serta getah beku baru faham
bahasa! Hakikatnya, hidup rakyat yang begitu tertekan pada 2015,
dijangka berlanjutan parahnya tahun 2016.
“Keluhan
ibubapa menyediakan kelengkapan persekolahan dan bayaran yuran bagi
sesi baru persekolahan bermula 3 dan 4 Januari 2016 ini sudah bertukar
kepada amarah yang tidak dapat ditahan lagi. Ada menteri macam tiada
otak bila bercakap. Rakyat bekerja siang malam, ikat perut demi
berjimat. Apa lagi yang Ahmad Maslan mau?” bidasnya lagi.
Sehubungan
itu, Mazlan menyeru supaya rakyat tanpa kompromi bersatu untuk
menentang BN kerana konsep amar maaruf nahi mungkar dan istiqomah
menentang kezaliman BN menjadi perjuangan semua pihak.
0 ulasan:
Catat Ulasan