Home » , » Pelbagai gelagat warnai sesi persekolahan 2016

Pelbagai gelagat warnai sesi persekolahan 2016

Written By Wadah Baru on Ahad, 3 Januari 2016 | 2:00 PTG

Tangisan enggan ditinggalkan ibu bapa, berkepit dengan beg baharu, mengantuk, berkenalan dengan
rakan baharu antara gelagat segelintir pelajar pada hari pertama persekolahan tahun 2016 di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor yang bermula hari ini.

Negeri-negeri lain akan memulakan persekolahan esok.

Sesi persekolahan tahun ini di keempat-empat negeri itu jauh lebih baik daripada tahun lepas, yang terjejas ekoran banjir teruk hingga sesi persekolahan terpaksa ditangguhkan seminggu serta menggunakan pusat pemindahan banjir sebagai sekolah sementara.

Walau bagaimanapun Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Jabatan Pendidikan Daerah (JPD), terutama di kawasan berisiko banjir, diarah membuat persediaan awal menghadapi kemungkinan banjir bagi mengurangkan kerosakan dan kerugian.

Di KEDAH, seramai 31,128 murid Tahun Satu memulakan persekolahan di 547 sekolah rendah selain 32,866 pelajar pula memulakan sesi Tingkatan Satu di 200 sekolah menengah di negeri tersebut.

Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan ketika melawat Sekolah Kebangsaan Laguna Merbok, Sungai Petani menasihatkan agar pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk mengekalkan kerjasama baik bagi melancarkan urusan berkaitan persekolahan pada tahun ini.
- Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger