PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan khabar angin kononnya parti itu mengalami krisis kepimpinan ketika ini.
Naib Presidennya, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata, kerjasama di
antara kepimpinan tertinggi Amanah ketika ini sangat kuat bagi
memastikan parti terus maju ke hadapan.
“Kami (kepimpinan tertinggi Amanah) tidak ada masalah (krisis
kepimpinan), kami sedang bergerak maju dan laju,” katanya ketika
dihubungi FMT.
Terdahulu, tersebar di media sosial kononnya ada gerakan untuk
menjatuhkan presiden Amanah, Mohamad Sabu apabila wujud tiga kumpulan
iaitu Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Syiah dan kumpulan profesional
dalam parti itu.
Mengulas lanjut Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, beliau tidak
tahu menahu wujudnya gerakan menjatuhkan presiden parti, malah enggan
melayan sebarang tuduhan yang tidak mempunyai asas.
“(Gerakan menjatuhkan presiden) Bagaimana saya nak komen sesuatu
perkara yang saya sendiri tidak dengar dan sumbernya tak tahu dari mana,
jadi sukar untuk saya menjawabnya,” katanya.
Mujahid berkata, fitnah jahat tersebut hanyalah sengaja dilakukan
pihak tertentu yang cemburu dengan penerimaan luar biasa rakyat terhadap
parti Amanah ketika ini.
“Bagi saya kalau orang ramai berminat melontarkan fitnah-fitnah
kepada Amanah itu ternyata Amanah ini sedang menuju atas landasan yang
betul,” katanya.
Sehubungan itu beliau menyeru kepada ahli dan penyokong Amanah supaya
meneruskan agenda untuk mengembalikan kepercayaan kepada rakyat dan
memperkukuhkan Pakatan Harapan bagi memastikan kerajaan sekarang dapat
ditumbangkan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang
Tiada krisis kepimpinan dalam Amanah – Mujahid
Written By Wadah Baru on Sabtu, 2 Januari 2016 | 3:00 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan