Oleh Khairil Ashraf
PETALING JAYA : Dakwaan Pengarah Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi
Marzuki sekiranya DAP berjaya menawan Putrajaya, mereka akan
membenarkan pembukaan pangkalan tentera Israel di negara ini adalah
cerrita jajaan UMNO yang sudah lapuk.
Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad
Shah berkata, ia merupakan cerita lama UMNO yang tersebar sebelum
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tetapi senyap selepas itu.
“Apakah Zuhdi telah ketandusan idea dan diberi pinjam idea itu oleh
UMNO? Maklumlah ini zaman era baru kerjasama ‘you help me i help you’.
“Atau adakah Zuhdi diarahkan oleh UMNO? Dia merupakan insan yang
sangat bertuah kerana walaupun bertahun-tahun menjadi Pengarah Strategi
Pas, dia masih diboleh mengajar di universiti kerajaan UMNO.
“Sangat istimewa kedudukannya. Seperti dikatakan oleh Datuk (Seri)
Najib (Tun Razak) dahulu, ‘you help me, i help you,” katanya menerusi
satu kenyataan pada Sabtu.
Dalam pada itu, Raja Kamarul Bahrin yang juga Ahli Parlimen Kuala
Terengganu turut meminta pandangan Zuhdi mengenai keistimewaan syarikat
negara China yang dibenarkan memiliki 100 peratus Stesen Tenaga Elektrik
Strategik Negara walaupun bertentangan dengan amalan keselamatan
negara.
Menurutnya, syarikat negara China juga dibenarkan memiliki tanah
strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk menyelamatkan
syarikat berkenaan.
“Bukankah pihak UMNO dan ultra Melayu sahabat Zuhdi begitu bersangka
buruk kepada Cina rakyat Malaysia sendiri sehingga berbagai tuduhan
dikeluarkan?
“Kenapa mesti ‘double’ ini?
“Kenapa buruk sangka kepada Cina tempatan rakyat Malaysia dan baik sangka dengan Cina Negara Komunis?,” tanya beliau.
Dr Mohd Zuhdi baru-baru ini mendakwa kononnya DAP ditawarkan RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi PRU-13.
Antara syarat tawaran berkenaan dikatakan termasuk membenarkan
pembukaan pangkalan tentera Israel di negara ini, jika DAP dapat menawan
Putrajaya.
Dakwaan Zuhdi terhadap DAP cerita lama UMNO
Written By Wadah Baru on Sabtu, 2 Januari 2016 | 2:58 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan