Pemimpin Pakatan Harapan bersepakat untuk meletakkan calon anak
tempatan bagi menghadapi
Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sarawak .
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, kehadiran
parti-parti Semenanjung ke Sarawak amat diperlukan bagi rakyat negeri
itu untuk membuat pilihan parti yang dapat membela nasib mereka.
“Amanah akan tetap bertanding di Sarawak. Itu pasti. Secara umumnya
kita tidak lagi menetapkan kerusi dan siapa calon yang sesuai keutamaan
akan diberikan kepada anak tempatan.
“Kehadiran parti-parti dari Semenanjung tidap perlu dihalang oleh
kerajaan Sarawak kerana ini proses demokrasi, mana-mana parti boleh
bertanding dan rakyat bebas membuat pilihan,” ujarnya ketika ditemui
Malaysia Dateline dalam majlis anjuran Amanah Kelantan di Dewan Sivik
Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi.
Salahuddin di minta pandangan mengenai kenyataan Ketua Menteri
Sarawak Tan Sri Adenan Satem semalam, yang dipetik sebagai berkata,
telah mendapatkan persetujuan daripada pimpinan Umno bahawa parti itu
tidak akan melebarkan sayapnya ke Sarawak. Malah beliau juga berharap
tiada calon parti pembangkang dari Semenanjung di Sarawak.
Justeru Salahuddin berkata, kemungkinan Adenan bimbang parti-parti di
Sarawak akan tergugat sokongan dengan kehadiran parti-parti dari
Semenanjung terutama Pakatan Harapan.
“ Penting adanya Pakatan Harapan sebagai `check and balance’ kepada kerajaan yang memerintah.
“Lebih-lebih lagi Sarawak yang masih lagi negeri termiskin walaupun telah merdeka sejak mereka menyertai Malaysia.
“Saya fikir Adenan tak mahu kuasanya dan partinya tergugat dengan
kehadiran PAS, DAP,Umno dan PKR di Sarawak. Apa yang jelas kami dari
Pakatan Harapan akan tetap meletakkan calon di kerusi yang sesuai,”
ujarnya.
Difahamkan Amanah Sarawak telahpun mengadakan mesyuarat penajaannya
baru-baru ini dan Salahudin yakin akan dapat mengenalpasti calon anak
tempatan yang sesuai sedikit masa lagi untuk diletakkan sebagai calon
dari Amanah untuk menghadapi PRN Sarawak kelak.
Dalam
majlis sama turut ditanya Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok juga
berpendirian Adenan tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan untuk
menghalang parti-parti dari Semenanjung bertanding dalam PRN Sarawak.
“Adenan seorang reformis dia tidak patut halang kami (Pakatan Harapan) untuk meletakkan calon parti masing-masing.
“DAP sudah ada 12 kerusi di Sarawak. Takanlah kita tak mahu bertanding? Tak masuk akal.
“Saya nak tanya Adenan kenapa dia takut kami bertanding? Partinya
sudah menang besar di Sarawak, apa tidak cukup kerusi lagikah?” soalnya.
Semalam Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee
juga menyatakan pendirian PAS untuk meletakkan calonnya bertanding
walaupun Ketua Menterinya tidak mengharapkan parti pembangkang dari
Semenanjung di Sarawak.
Jofri dipetik sebagai berkata, Sarawak masih memerlukan pembangkang
untuk memberi pandangan membina dan sebagai semak dan imbang agar tidak
berlaku penyalahguna kuasa parti pemerintah dan tidak mengambil
perhatian terhadap rakyat.
PAS Sarawak tidak lagi bersama dengan Pakatan Harapan selepas PAS
tidak sehaluan dengan DAP.Bagaimanapun PAS masih bekerjasama dengan PKR.
Pakatan Harapan akan letak calon anak tempatan di PRN Sarawak
Written By Wadah Baru on Sabtu, 2 Januari 2016 | 2:17 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan