Home » , » SPRM enggan ulas dakwaan Najib guna kad kredit SRC

SPRM enggan ulas dakwaan Najib guna kad kredit SRC

Written By Wadah Baru on Rabu, 20 Januari 2016 | 6:52 PTG

Petikan Malaysiakini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan mengulas mengenai dakwaan terbaru laman web Sarawak Report terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Laman web itu mendakwa perdana menteri menggunakan kad kredit yang didaftarkan di bawah SRC International semasa lawatannya ke Eropah pada bulan Ogos 2014.

"Saya tidak boleh mengesahkannya kerana siasatan sedang dijalankan," kata Timbalan Ketua SPRM Datuk seri Mohd Shukri Abdull kepada Malaysiakini.

Sarawak Report mendakwa dua kad yang terlibat itu adalah kad Visa yang dikeluarkan oleh CIMB di mana RM449,000 dibelanjakan dan kad Master Card yang dikeluarkan oleh Maybank di mana RM2.8 juta dibelanjakan dalam perjalanan bulan Ogos pada 2014.

Laman itu juga membekalkan nombor kad kredit berkenaan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger