Umno
Kedah memulakan langkah menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir
sebagai menteri
besar apabila mengisytiharkan hilang kepercayaan
terhadapnya.
Pendirian itu dibuat Timbalan Pengerusi Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah pada satu sidang media di Alor Setar, Kedah hari ini.
Beliau mengadakan sidang media mendesak Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak melakukan perubahan pucuk pimpinan Kedah yang menurutnya
dilihat gagal menggerakkan jentera Umno serta menjana ekonomi negeri.
Dalam kenyataannya, beliau berkata Mukhriz gagal menyatupadukan Umno dan jentera parti itu di semua peringkat di Kedah.
Turut dibangkitkan, ketiadaan sebarang perancangan strategik oleh Umno untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Sebagai menteri besar Kedah, beliau juga gagal untuk urus tadbir kerajaan negeri," kata Bashah.
Sehubungan itu, pihaknya memohon kepada Najib menukar Mukhriz sebagai menteri besar Kedah dan pengerusi perhubungan Umno Kedah.
Beliau berkata, pihaknya mengharapkan Najib mengambil tindakan terhadap
tuntutannya demi kelangsungan Umno dan kepentingan rakyat Kedah.
Sidang media itu turut dihadiri 14 ketua bahagian Umno Kedah, kecuali
Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baharu, yang diwakili timbalan
ketua bahagian masing-masing.
Turut hadir adalah ketua semua sayap parti dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN).
Umno Kedah isytihar hilang kepercayaan terhadap Mukhriz
Written By Wadah Baru on Rabu, 20 Januari 2016 | 6:54 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan