Home » , » Senarai penuh 11 calon PAS Untukmu Sarawak

Senarai penuh 11 calon PAS Untukmu Sarawak

Written By Wadah Baru on Khamis, 7 April 2016 | 8:18 PG

BINTULU: PAS hari ini mengumumkan 11 nama calon yang disifatkan sangat berpotensi untuk menang mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu majlis di Hotel Kemena, Medan As Syakirin dekat sini sebentar tadi.

Hadir sama, Timbalan Presiden, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden, Ustaz Idris Ahmad, Datuk Ir Iskandar Samad, Datuk Mohd Amar Abdullah, Ketua Pemuda, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Ketua Muslimat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Penerangan, Ustaz Nasrudin Hassan dan barisan AJK PAS Pusat selain kepimpinan negeri Sarawak yang diketuai pesuruhjaya, Jofree Jaraie.

Sambil menyifatkan penyertaan PAS dalam PRN ke-11 kali ini sebagai satu usaha dakwah, namun Tuan Guru Abdul Hadi menyatakan kemenangan adalah satu bonus kepada parti ini.

Calon-calon yang ditampilkan pelbagai latar belakang, antaranya guru agama, wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS, jurutera, aktivis rakyat dan tidak kurang PAS menampilkan calon muda Muslimat di Beting Maro.

Dalam majlis yang sama, Presiden PAS menyerahkan watikah dan panji-panji kepada calon yang akan menggalas amanah PAS di Sarawak.

Laungan takbir bergema semasa Presiden PAS mengumumkan calon.

Berikut merupakan calon-calon PAS yang telah diumumkan beserta profil mereka:


N74. PUJUT
Tuan Haji Jofri Bin Haji Jaraiee
Jawatan Dalam PAS: Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak dan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Miri
Umur: 51 Tahun
Bangsa: Melayu Bintulu
Keluarga: Berkahwin dan 4 orang anak
Asal: Miri, Sarawak
Pendidikan: Advanced Diploma Pengurusan Logistiks, The Chartered Institute of Logistics and Transport, UK.
Pengalaman Kerjaya: Penyelia Pengurusan dan Perancangan Penyelenggaraan, Syarikat Minyak & Gas Nasional.


N72. LAMBIR
Encik Mohammad Arifiriazul Bin Paijo
Jawatan Dalam PAS: Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak
Umur: 32 Tahun
Bangsa: Kedayan-Jawa
Keluarga: Berkahwin dan 3 orang anak
Asal: Limbang, dan menetap di Miri, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat Perniagaan, Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Pengalaman Kerjaya: Usahawan dan Mantan Eksekutif IT PETRONAS.


N70. SAMALAJU
Engr. Zharudin Bin Narudin
Jawatan Dalam PAS: Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Sarawak dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sarawak
Umur: 31 Tahun
Bangsa: Melanau Bintulu
Keluarga: Berkahwin dan seorang anak
Asal: Bintulu, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Selangor (UNISEL)
Pengalaman Kerjaya: Usahawan dan Mantan Jurutera Malaysia LNG Sdn. Bhd.


N67. JEPAK
Tuan Haji Kiprawi Bin Aman
Jawatan Dalam PAS: Ketua Penerangan PAS Negeri Sarawak dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bintulu
Umur: 67 Tahun
Bangsa: Melanau Bintulu
Keluarga: Berkahwin dan 7 orang anak
Asal: Bintulu, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens, Universiti Malaya (UM)
Pengalaman Kerjaya: Pesara Kerajaan
Anugerah: Dikurniakan Pingat Perkhidmatan Setia oleh Kerajaan Negeri Sarawak (PPS).


N60. KAKUS
Encik Clement Bayang
Jawatan Dalam PAS: Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) PAS Negeri Sarawak
Umur: 59 Tahun
Bangsa: Iban
Agama: Kristian
Keluarga: Berkahwin dan 7 orang anak
Asal: Bintulu, Sarawak
Pengalaman Kerjaya: Tuai Rumah (Ketua Kaum), Petani dan Seniman
Pengalaman Politik: Pernah bertanding di Kerusi DUN Kemena.


N29. BETING MARO
Cik Hamidah Binti Mokhtar
Jawatan Dalam PAS: Setiausaha Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak
Umur: 26 Tahun
Bangsa: Melayu
Keluarga: Bujang
Asal: Kuching, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat Perniagaan, Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Pengalaman Kerjaya: Usahawan Muda, Pengarah Butik Pakaian Muslimah.


N27. SEBUYAU
Ustaz Haji Wan Abdillah Bin Wan Ahmad
Jawatan Dalam PAS: Aktivis PAS di Sebuyau di bawah PAS Kawasan Batang Lupar
Umur: 44 Tahun
Bangsa: Melayu
Keluarga: Berkahwin dan 3 orang anak
Asal: Kpg Seberang, Sebuyau, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang, Universiti Al-Azhar, Mesir
Pengalaman Kerjaya: Usahawan dan Pendakwah Bebas.


N24. SADONG JAYA
Cikgu Asan Bin Singkro
Jawatan Dalam PAS: Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Sarawak dan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Batang Sadong
Umur: 63 Tahun
Bangsa: Melayu-Bugis
Keluarga: Berkahwin dan 5 orang anak
Asal: Sadong Jaya, Sarawak
Pendidikan: Ijazah Sarjana Sains/ Master Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM)
Pengalaman Kerjaya: Pesara Guru dan PPD, kini Pensyarah Sambilan.


N16. MUARA TUANG
Encik Zulkipli Bin Ramzi
Jawatan Dalam PAS: Bendahari & Setiausaha Kerja (SUK) Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak dan Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Kota Samarahan
Umur: 38 Tahun
Bangsa: Melayu
Keluarga: Berkahwin dan 3 orang anak
Asal: Niah, Miri dan kini menetap di Kota Samarahan, Sarawak
Pendidikan: Diploma Elektronik Industri dan Instrumentasi, Pusat Latihan Teknikal Sarawak (YDTC)
Pengalaman Kerjaya: Peniaga dan Pekerja Swasta.


N7. SAMARIANG
Ustaz Yusof Assidiqqi Bin Ahmad Sharkawi
Jawatan Dalam PAS: Penyelaras Urusan Ulamak PAS Kawasan Petrajaya, Pengerusi Lajnah Tarbiyah dandan Pengarah Jabatan IT Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan
Umur: 30 Tahun
Bangsa: Melayu
Keluarga: Berkahwin dan seorang anak
Asal: Kuching, Sarawak
Pendidikan: Diploma Al-Quran Wal Qiraat, Darul Quran JAKIM & Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan Qiraat, Maahad Qiraat Al-Azhar As-Shariff, Mesir
Pengalaman Kerjaya: Imam dan Khatib Masjid, Qari Al-Quran dan Pendakwah Bebas.


N4. PANTAI DAMAI
Encik Zainal Abidin Bin Yet
Jawatan Dalam PAS: Timbalan Yang Dipertua (TYDP) dan Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Santubong
Umur: 49 Tahun
Bangsa: Melayu
Keluarga: Berkahwin dan 4 orang anak
Asal: Kuching, Sarawak
Pendidikan: Sijil Pelajaran LCE
Pengalaman Kerjaya: Pekerja Swasta.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger