Home » , » Saya akan terus menulis dan bersuara, kata Shazni Munir

Saya akan terus menulis dan bersuara, kata Shazni Munir

Written By Wadah Baru on Khamis, 7 April 2016 | 8:37 PG

Penahan selama dua malam di lokap IPD Jinjang tidak mematahkan semangat Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin untuk terus menulis dan bersuara untuk terus menentang sebuah kerajaan yang rosak.

"Untuk seluruh rakyat Malaysia, saya berjanji akan terus menulis dan bersuara. Inilah sahaja 'senjata' yang saya punyai untuk melawan sebuah kerajaan yang rosak.

'Senjata' ini akan saya manfaatkan sepenuhnya selagi kezaliman dan skandal gila 1MDB dan 'derma' RM4.2 billion masih tidak berpenghujung. Doakan saya dan sekian ramai pejuang lain terus kuat berdepan kerajaan yang pekak dan bisu." ujarnya dalam satu kenyataan petang ini.

Beliau memaklumkan ketika dilepaskan dari Lokap Berpusat Jinjang sekitar 12 tengah hari tadi, beliau telah menerima khabar duka, neneknya kembali ke rahmatullah pada pagi hari sama.

"Dengan sehelai dokumen yang perlu saya tandatangani yang menyebut: "Penama (saya) telah kena tuduh dengan kesalahan bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan dan 4(1) Akta Hasutan.." Pertuduhan yang mahu dikenakan dan jika ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah artikel yang ditulis dengan jujur tanpa selindung, saya terima." ujarnya.

Menurut Shazni Munir, pada awalnya beliau diarahkan untuk diambil tindakan oleh Ketua Polis Negara (KPN) di twitter rentetan berita palsu disiarkan www.bicara.news. Bagaimanapun setelah beliau jelaskan bahawa KPN silap dan berita yang dirujuk itu telah dimanipulasi daripada artikel asal, ujarnya, pihak berkuasa sebaliknya mahu siasatan dilakukan membabitkan kedua-duanya poral media, berita palsu oleh www.bicara.news dan artikel asal di Free Malaysia Today.

"Saya tiada masalah kerana tiada apa yang perlu saya sembunyikan. Saya bertanggungjawab penuh atas kesemua tulisan saya di media sebelum ini.

"Isu-isu seperti mansuh GST, undur Najib, kerajaan perlu ditukar dan lain-lain adalah tuntutan asas rakyat yang jika bukan saya menulis pun, beribu anak muda akan menulis sama ada secara rasmi di akhbar atau media-media sosial masing-masing.

"Malang bagi kerajaan yang hanya tahu menggunakan pihak berkuasa untuk bertindak balas tanpa sedia melakukan reformasi menyeluruh sebagaimana yang diingini majoriti rakyat."ujarnya.

Shazni Munir direman bermula Isnin lalu bagi membantu siasatan berhubung artikelnya dalam sebuah portal atas talian yang didakwa bersifat menghasut.

Menurut peguam yang mewakili beliau, Wan Anuar Wan Ibrahim, Shazni diarahkan hadir ke Mahkamah Jalan Duta pada 20 April ini.~MALAYSIA DATELINE

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger