Home » , » AMANAH saran PAS tarik diri kalau tak mahu undi pecah

AMANAH saran PAS tarik diri kalau tak mahu undi pecah

Written By Wadah Baru on Ahad, 15 Mei 2016 | 4:48 PTG

Parti Amanah Negara (AMANAH) menyarankan supaya PAS berunding dengan semua wakil Pakatan Harapan (HARAPAN) jika tidak mahu pertandingan tiga penjuru dan bukan berunding dengan PKR sahaja.

Pengarah Komunikasinya Khalid Abdul Samad berkata PAS sebenarnya keliru dengan ‘bahasa’ mereka sendiri sebagai blok ketiga.

“PAS sepatutnya selari antara percakapan dan tindakan mereka. Blok ketiga seharusnya tidak gentar berunding tiga penjuru,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Khalid berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyarankan pembangkang lain tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Khalid berkata, jika tidak mahu undi pecah dijadikan alasan, PAS sepatutnya bersedia berbuat demikian.
“Kalau tidak mahu undi pecah dijadikan alasan, PAS pun jangan bertanding. Beri laluan kepada parti lain.

“Kalau PAS merasakan pecahan undi itu satu perkara yang penting, tariklah diri jangan suruh orang lain tarik diri,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Mengulas mengenai kenyataan Tuan Ibrahim bahawa tindakan meletakkan calon untuk menguji sokongan hanya beri kelebihan kepada BN untuk memang Khalid berkata isu itu tidak timbul.

“Tiada niat mahu menguji sebaliknya jika kami meletakkan calon, kami memang mahu menang. Wujudnya AMANAH kerana perjuangan kami berbeza,”katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger