Parti Amanah Negara (AMANAH) akan memastikan tidak akan ada
pertembungan antara parti komponen Pakatan Harapan dalam dua pilihan
raya kecil akan datang.
Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkata
demikian sebagai respons kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad yang menggesa pembangkang bertanding sebagai satu pasukan untuk
mengalahkan Barisan Nasional di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
"Kami
dalam Pakatan (Harapan) akan berusaha supaya tak ada pertindihan calon
seperti berlaku di Sarawak. Luar daripada Pakatan Harapan kami tak ada
upaya mengendalikan parti-parti lain yang begitu banyak di Malaysia ini.
Hak mereka (untuk bertanding),"kata Mohamad dalam satu sidang media di
ibu pejabat parti itu hari ini.
Pakatan Harapan, katanya, akan bertanding menentang sesiapa sahaja, terutamanya BN dan sekutunya.
AMANAH pastikan tiada pertembungan dalam HARAPAN
Written By Wadah Baru on Ahad, 15 Mei 2016 | 4:50 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan