1. Sempena 1 Mei 2016 ini, Parti Amanah Negara (AMANAH) ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga pekerja yang telah banyak berkorban dan menabur jasa dalam membangunkan negara ini.
2. AMANAH turut memahami dan merasai keperitan golongan pekerja pada
hari ini yang terpaksa berhadapan dengan kemelut ekonomi negara ekoran
kegagalan pentadbiran pemimpin Umno Barisan Nasional.
3. Golongan pekerja pada hari ini juga berhadapan dengan cabaran getir apabila banyak sayarikat termasuk syarikat-syarikat gergasi yang terpaksa membuang pekerja ekoran krisis ekonomi yang melanda.
4. Tidak cukup dengan itu, dasar kerajaan Barisan Nasional membawa masuk jutaan pekerja asing atas alasan bayaran gaji lebih murah, telah membunuh peluang kerja rakyat tempatan.
5. AMANAH melihat, semua masalah yang berlaku ini adalah berpunca daripada kegagalan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional. Korupsi dan salah urus dana negara semakin membarah. Malah skandal 1MDB dan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut menjejaskan imej Malaysia di mata dunia.
6. AMANAH menyeru kepada seluruh warga pekerja khususnya yang berada di sekitar Lembah Klang untuk hadir bersama-sama ke Himpunan Hari Pekerja 2016 yang dianjurkan MTUC, bertempat di Wisma MTUC di USJ 9, bermula jam 8 pagi ini.
"Harapan Baru"
MOHD ANUAR TAHIR
Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara
1 Mei 2016

0 ulasan:
Catat Ulasan