Home » , » Cikgu Rahim berkorban politik demi mengekalkan PAS di Kelantan .

Cikgu Rahim berkorban politik demi mengekalkan PAS di Kelantan .

Written By Wadah Baru on Rabu, 4 Mei 2016 | 8:21 PG

Oleh Mohd Sayuti Omar

Saya membaca dan menganalisa wawancara Cikgu Rahim Abdullah dengan sebuah akhbar yang menyatakan sikapnya terhadap kerajaan Pas Kelantan.

Cikgu Rahim bersedia melakukan pengorbnan politik demi untuk melihat Kelantan kekal dalam tangan Pas.

 Satu sikap dan prinsip terpuji oleh seorang veteran seperti beliau.

Bagaimana pun ada yang tidak memahami prinsip berkenaan dan sedihnya seolah-olah tidak memperkaui pendirian dan pengorbanan Cikgu Rahim khasnya dan Amanah amnya.

Ada yang menempelak cikgu Rahim kalau benar sayangkan Pas, bubarkan sahaja Amanah. Tempelekan begitu tidak kena dan jauh daripada sifat politik matang.

Sepatutnya apabila satu pihak sudah menunjukkan kekenduran dan komitmen tinggi untuk pertahankan kerajaan ia disokong tanpa prejudis dan bukan diluaskan lagi bekahan perasaan.

Bagi saya mereka yang menempelak cikgu Wan Rahim sebegitu bukan ikhlas dalam perjuangan tetapi ia lebih berunsur peribadi dan emosional dan suka kalau tali persaudaraan politik terus tegang dan putus.

Kalau nak persoalkan tentang warna darah, rasanya darah orang mencabar cikgu Rahim itu tidak berapa hujau mana bahkan masih ada kesan2 biru.

Sejahat-jahat cikgu Rahim dalam politik tidak sampai ke tahap yang pernah dilakukan orang yang mencabar cikgu Rahim. Dimanakah kebijaksanaan kita sebagai makhluk yang digezetkan mulia? Trims.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger