Home » » ADUN Kubang Rotan letak jawatan sebagai Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Kedah

ADUN Kubang Rotan letak jawatan sebagai Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Kedah

Written By Wadah Baru on Rabu, 4 Mei 2016 | 8:26 PG

Oleh Aris Awang

Mohd Nasir Mustafa  ADUN Kubang Rotan telah meletak jawatan secara rasmi sebagai Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Kedah pada 1 Mei 2016.

Pengakuan beliau meletak jawatan tersebut dinyatakan oleh beliau sendiri di pejabat AMANAH Negeri Kedah ketika saya bertanya beliau benarkah desas desus yang timbul itu.

Beliau berada di pejabat AMANAH Kedah, di Wisma Harapan Baru, Bandar Stargate, Alor Setar untuk menyelesaikan beberapa perkara berkaitan penganjuran Pidato Selamatkan Malaysia pada 1 Mei 2016 lalu.

Beliau juga telah dipanggil oleh pihak Polis Daerah Kota Setar untuk mengambil keterangan berkaitan penganjuran pidato yang dihadiri lebih 10 ribu orang dari pelbagai kaum.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger