Home » , » Surat pedas Anwar 'hal dalaman PKR', kata Azizah

Surat pedas Anwar 'hal dalaman PKR', kata Azizah

Written By Wadah Baru on Selasa, 17 Mei 2016 | 4:04 PTG

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Kak Wan enggan mengulas mengenai 'warkah dari penjara' hasil nukilan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara keras menentang Deklarasi Rakyat.

Ditemui oleh para pemberita di lobi parlimen pagi ini, ketua pembangkang itu mengatakan surat itu bukan untuk tatapan umum.

“Ia hal dalaman, hal dalaman,” jelas beliau ketika diminta menjelaskan kesahihan surat tersebut.
Oleh itu, beliau tidak mahu mendedahkan selanjutnya mengenai perkara itu.

Wan Azizah kemudiannya bergegas ke kenderaannya.

Semalam, banyak pihak dikejutkan dengan pendedahan surat dengan sejumlah tujuh halaman bertulis tangan itu yang menyentuh penglibatan parti tersebut dalam Deklarasi Rakyat yang diketuai oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mengulas mengenai surat itu, seorang lagi pemimpin kanan PKR, Rafizi Ramli berkata, surat yang mengingatkan pemimpin PKR supaya tidak terbawa-bawa dengan Deklarasi Rakyat adalah tepat pada masanya.

Naib Presiden PKR itu berkata, ia meletakkan kembali konteks asal dan rangka kerja bagi sebarang kerjasama lanjut hendak diteruskan.

Lebih penting lagi, ia mengingatkan pemimpin parti itu bahawa tidak ada jalan pintas dalam mengalahkan BN dan supaya tidak tersasar dari agenda reformasi, kata Rafizi

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger