Home » , » Rafizi: Peringatan Anwar tepat pada masanya

Rafizi: Peringatan Anwar tepat pada masanya

Written By Wadah Baru on Selasa, 17 Mei 2016 | 4:02 PTG

Surat lapan halaman tulisan tangan mantan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengingatkan pemimpin PKR supaya tidak terbawa-bawa dengan Deklarasi Rakyat Tun Dr Mahathir Mohamad adalah tepat pada masanya, kata Naib Presiden parti itu, Rafizi Ramli.

Katanya, ia meletakkan kembali konteks asal dan rangka kerja bagi sebarang kerjasama lanjut hendak diteruskan.

Lebih penting lagi, ia mengingatkan pemimpin parti itu bahawa tidak ada jalan pintas dalam mengalahkan BN dan supaya tidak tersasar dari agenda reformasi, kata Rafizi kepada Malaysiakini.

Memandangkan mesej itu telah diketahui umum, Rafizi berkata beliau pasti pemimpin parti, dari akar umbi hingga ke peringkat nasional, akan merenung dan menyesuaikan semula tumpuannya.

Apabila kandungan surat itu pertama kali disiarkan di satu laman Facebook Pemuda PKR Pulau Pinang, Naib Presiden parti itu, Shamsul Iskandar Md Akin telah menafikannya, dengan berhujah bawa Anwar terus menyokong deklarasi itu dan objektifnya.

Bagaimanapun, Rafizi (gambar) kemudiannya mengesahkan bahawa surat itu adalah tulen, yang membayangkan kemungkinan PKR berpecah berkaitan dengannya.

Bagi surat itu sendiri, ia menggambarkan Deklarasi Rakyat itu sebagai dokumen Mahathir pada dasarnya, cacat dan tidak selaras dengan agenda reformasi PKR.

Surat itu dibuat selepas Mahathir mengumumkan lebih daripada satu juta orang telah menandatangani deklarasi tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger