Home » , » Strategi-Strategi BN Menghadapi PRU Ke 14

Strategi-Strategi BN Menghadapi PRU Ke 14

Written By Wadah Baru on Isnin, 27 Jun 2016 | 10:00 PG

Oleh Hayar Hassan
 
Setelah memenangi PRN Sarawak dan dua PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengah penuh bergaya, pastinya pucuk pimpinan BN akan memikirkan pula PRU Ke 14 yang wajib di adakan sebelum 5.5.2018. 
 
Dari sudut Perlembagaan Negara Malaysia ,tarikh tersebut adalah merupakan tarikh terakhir Kerajaan yang memerintah Malaysia kena membubarkan Parlimen. Melihat kepada sejarah dan tradisi politik BN, Parlimen akan dibubarkan lebih awal daripada tempoh wajib lima tahun itu. Mantan Perdana Menteri ke  5 , Tun Abdullah Badawi membubarkan Parlimen menjelang tamatnya tempoh Parlimen 5 tahun dan PRU ke 12 diadakan pada 8 Mac 2009. Prestasi BN pada PRU 12 itu adalah yang terburuk buat BN, dimana buat pertama kalinya BN kehilangan majoriti 2/3. 
 
Ekoran daripada itu Tun Abdullah Badawi dipaksa mengundurkan diri daripada jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri oleh pimpinan UMNO sendiri. Menariknya Tun Mahathir Mohamad sendiri turut berperanan dalam usaha tersebut. Tun Abdullah Badawi yang sering di lihat sebagai seorang Perdana Menteri yang cukup lambat dalam membuat keputusan-keputusan nya. Begitu lah,
 
 Pak Lah seorang yang terkenal sebagai seorang yang berwatak penyabar dan mempunyai perasan kasih sayang tidak sesuai lagi menjadi PM di mata setengah-tengah pemimpin-pemimpin UMNO ketika itu. Di bawah pemerintahan Tun Abdullah Badawi lah DSAI dibebaskan dari penjara Sungai Buloh. 
 
 Rupanya UMNO tidak begitu gembira apabila Presiden nya mempunyai watak sederhana, penyabar dan tidak sanggup menginanya  musuh-musuh politik UMNO ! Bermain politik  kotor dan menzalimi musuh-musuh politik UMNO seperti nya telah menjadi syarat utama untuk menjawat Presiden UMNO ! 
 
Mungkin atas dasar inilah Dr Mahathir berjaya menjawat jawatan PM untuk suatu tempoh yang terlalu lama, 32 tahun. UMNO perlu mempunyai Presiden yang berwatak keras dan sanggup menghalalkan sebarang cara demi survival UMNO.

Tradisi dalaman UMNO, untuk naik ke tempat yang lebih tinggi, wajar menjatuhkan kawan dan sekutu kita sendiri sekiranya peluang itu ada di hadapan mata. Permainan politik tokoh-tokoh besar UMNO yang bercita-cita tinggi adalah umpama penumpang-penumpang  sebuah keretapi murah di Bangladesh untuk pulang lebaran.
 
 Keretapi penuh sesak sehingga ada yang sanggup berdiri . Mana-mana penumpang yang sudah tidak  mempunyai kekuatan berdiri dan bersesak-sesak perlu ditinggalkan di stesen-stesen kerana penumpang-penumpang baru masih banyak dan sanggup berebut untuk mengambil tempat yang telah dikosongkan. Hatta jika ada penumpang-penumpang yang terjatuh dari gerabak keretapi tersebut akan dibiarkan bersaorangan, tidak ada tangan-tangan yang sanggup menghulurkan bantuan kerana masing-masing punya destinasi mereka tersendiri.
 
 Keretapi murah itu tidak boleh berhenti lama menyantuni  penumpang yang telah terjatuh. Kalau ada ahli-ahli yang ingin membantu kawan politik yang telah terjatuh ,beliau adalah pengkhianat kepada parti. Itu sudah suatu takdir baginya. 

 
Ini lah yang dialami oleh mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Selalu bersama-sama dengan Presiden UMNO adalah senjata ampuh untuk berjaya dalam kerjaya politik dan ekonomi. Kata-kata begini adalah lumrah kita dengar " Kalau aku lambat sambar, orang lain akan menyambar nya, lebih baik aku sambar dulu bila peluang itu ada didepan mata ". 

Kembali kepada tempoh pembubaran Parlimen, tempoh yang paling singkat adalah sekurang-kurang 4 tahun. Ini telah dilakukan oleh PM Dato' Seri Najib Tun Razak. Oleh yang demikian, paling awal tarikh PRU ke 14 nanti adalah sekitar Mei 2017. Sebelum tarikh berkenaan tiba, di andaikan BN akan memulakan startegi-strategi berikut :-

a) Porak perandakan parti-parti pembangkang dengan menggunakan media dan institusi-institusi bawah Kerajaan.

Di bawah pentadbiran PM sekarang adalah dipercayai strategi ini telah mula dilaksanakan selepas PRU ke 12, seawal tahun 2008. Lontaran idea " Unity Government " yang ditujukan khusus kepada PAS adalah salah satunya. Boleh diandaikan bahawa mantan seorang Timbalan Presiden PAS telah diberikan peranan yang besar untuk melaksanakan strategi ini. Beliau bertindak sebagai jambatan antara pimpinan-pimpinan UMNO dan PAS. Alasan yang diberikan adalah demi survival Ketuanan Melayu dan Islam ! Gerak kerja ini masih diteruskan secara halus dan rapi sehinggakan ramai pimpinan PAS terperangkap di dalamnya. Media-media pro BN juga memainkan peranan mereka supaya banyak pimpinan PAS dilihat selalu melatah. Hujung-hujung nya adalah untuk memporak perandakan gabungan PR. Apabila PR atau pun PH sudah porak peranda, wajar lah Parlimen di bubarkan. Tidak menghairankan apabila Tun Musa Hitam, mantan TPM beberapa hari lalu telah mencadangkan agar sekarang lah Parlimen wajar dibubarkan kerana pakatan pembangkang telah porak peranda !  Media-massa pro BN akan terus mendengdangkan slogan-slogan " PAN menjadi khadam DAP, PKR terus berkecamuk kerana pertembungan DS Wan Azizah dan DS Azmin Ali, Kerajaan DAP Pulau Pinang menindas orang Melayu/ Islam di Pulau Pinang, PKR dan DAP menentang perlaksanaan RUU 356, Kerajaan PR di Selangor terumbang ambing kerana PAS sudah tidak bersama PR lagi  dan banyak lagi isu-isu yang dihidangkan kepada pengundi supaya pakatan pembangkang akan terus porak peranda !

b) Pemberian Wang & Barang-Barang kepada Pengundi.

Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan PM dalam ulasannya kepada keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar  baru-baru  telah mendedahkan bahawa strategi ini lah yang telah dilaksanakan oleh BN untuk memenangkan calon-calon mereka !  Oleh yang demikian, jangan lah kita mengharapkan bahawa PM Najib Tun Razak akan memansuhkan BRIM. Untuk menghadapi  PRU ke 14 nanti, malah nilai BRIM itu akan bertambah. Orang-orang kampong akan terus berpuas hati dengan bayaran BRIM ini. Undi untuk calon-calon BN akan terus diraih dalam PRU ke 14 itu nanti.

Demikian secara ringkas dua strategi yang sedang dilaksanakan oleh BN untuk PRU ke 14. Mungkin saya akan menyentuh nya lagi selepas ini. Secebis paparan ini adalah bertujuan supaya pimpinan PH dapat menyedari akan strategi yang sedang dilaksanakan oleh BN supaya PH lebih bersedia untuk menghadapi PRU ke 14 nanti. 

Sekian, Selamat Menjalankan Ibadah Puasa ,terima kasih.

Hayar Hassan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger