“Cuba anda bayangkan sendiri. Macam saya, sudah jadi menteri besar dan tiba-tiba lantik jadi timbalan exco. Awak nak ke? ‘Down grade’. Memalukan. Menghina,” katanya ketika mengulas mengenai tindakannya itu.
Ahmad atau dikenali sebagai Mat Said sebelum ini menolak pelantikan sebagai timbalan exco yang diumumkan Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman.
Dalam rombakan portfolio exco kerajaan negeri itu, Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal dilantik sebagai timbalan pengerusi jawatankuasa perumahan dan kerajaan tempatan.
Sementara itu, Mat Said berkata beliau akan terus bersama Umno selagi parti Melayu itu tidak memecatnya.
Bagaimanapun, katanya jika Umno merasakan tindakannya melanggar peraturan parti, Umno berhak untuk memecatnya.
“Buat masa ini, saya masih lagi ahli Umno dan wakil rakyat BN. Jika saya tidak dipecatlah. Kalau saya buat sesuatu dan rasa saya langgar peraturan, pecat saya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Hari Raya Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).
Sebelum ini, Ahmad memutuskan menyertai Perkasa.
Ahmad yang meletakkan jawatan menteri besar dua tahun lalu kini dilantik yang dipertua Perkasa Terengganu.
0 ulasan:
Catat Ulasan