Home » , » Ahli bukan Islam, Islam duduk sama tinggi

Ahli bukan Islam, Islam duduk sama tinggi

Written By Wadah Baru on Selasa, 23 Ogos 2016 | 3:57 PTG

OLEH Sheith Khidhir Bin Abu Bakar
 Pencapaian terbesar Amanah adalah mengiktiraf ahli bukan beragama Islam sama taraf dengan ahli beragama Islam, menurut Setiausaha Agung Anuar Tahir.

Bercakap di sidang media di Wisma Amanah Negara hari ini, Anuar berkata ahli bukan beragama Islam diberi peranan kepimpinan sama dengan ahli beragama Islam di peringkat bahagian, negeri dan kebangsaan.

“Beberapa bulan selepas parti didaftarkan, Amanah ketengahkan calon bukan Islam dalam pilihan raya Sarawak dan ini merupakan pencapaian terbesar untuk sebuah parti Islamis,” katanya.

Dalam pilihan raya itu, Amanah kemukakan dua calon Dayak Kristian iaitu aktivis tempatan Rapelson Richard Hamit untuk kerusi Gedong, dan bekas askar Andrew Zain, yang bertanding di kerusi Sebuyau.
Anuar berkata Amanah tidak akan bertolak-ansur dengan isu perkauman.

“Kita mahu negara yang bersatu dan demokratik, selaras dengan wawasan Allahyarham Burhanuddin al-Helmy.”

Burhanuddin Muhammad Nur al-Hilmi, lebih dikenali Burhanuddin al-Helmy, adalah seorang aktivis Melayu dan ahli politik sebelum Merdeka. Beliau pernah memimpin PAS sebagai presiden dari 1956 hingga 1969.
Pada 16 Sept, Amanah sebagai sebuah parti akan menyambut ulangtahun pertamanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger