Isu membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak dianggap
sebagai 'jenayah agama' dikalangan golongan agamawan di negara ini dalam
konteks berkerajaan, kata Adun Salor Datuk Husam Musa.
Beliau berkata, golongan agamawan melihat 'good government' ini
sebagai tanggungjawab yang dipisahkan daripada Islam sehingga ia tidak
dianggap sebagai 'jenayah agama' oleh pelakunya.
"Dalam kes 1MDB jika menghilangkan wang yang di amanahkan rakyat itu tidak dianggap sebagai 'jenayah agama' apa lagi?
" Kita nak kejam mata sebelah. Jika ustaz-ustaz mendapat maklumat
seluasnya mereka akan istigfar 100 kali, malah tidak ada seorang ustaz
pun dalam Pas akan duduk diam," ujarnya ketika sesi soal jawab dalam
Wacana Harapan: 1MDB Ke Mana Hujungnya? di Rumah Gerak Budaya, Petaling
Jaya malam tadi yang dianjurkan oleh akhbar mingguan Amanah semalam.
Mengulas lanjut mengenai jenayah agama ini, Husam berkata,di dalam
al-Quran banyak disebut pemimpin agama dikalangan Bani Israel mereka
membiarkan penyelewengan harta benda rakyat dengan tidak menegur
pemimpin dan penguasanya, maka dikutuk Allah swt.
"Selain al- Quran dalam hadis Rasullullah saw juga mengecam pemimpin
masyarakat membiarkan amalan pecah amanah berlaku berleluasa.
"Apa yang berlaku dalam kes 1MDB ini ternyata jumlah pecah amanahnya
cukup besar berbilion ringgit digunakan untuk perkara bertentangan
dengan agama Islam.
"Pastinya golongan agamawan mempunyai kewajiban yang besar berbanding orang biasa seperti kita.
"Isu 'good government atau berkerajaan yang baik ini masih lagi agak asing bagi kebanyakan agamawan.
"Mereka hanya melihat Islam sebagai hukum berkaitan ibadat dan
kekeluargaan semata-mata, tetapi kes bernegara kurang diberikan
perhatian untuk membincangkannya," ujarnya.
Apakah punca berlaku keadaan ini dikalangan ulama, naib presiden Pas ini berkata, dua sebab menjadi penghalangnya.
"Pertama golongan agamawan belum mendapat maklumat sepenuhnya
mengenai isu ini kerana kebanyakan bahan-bahannya disebarkan dalam
bahasa Inggeris.
"Tetapi itu tidak boleh dijadikan penghalang untuk golongan agamawan
ini mencari duduk perkara sebenar yang berlaku dalam isu 1MDB ini.
"Keduanya masalah kita antara kefahaman agama dengan konsep
kenegaraan Islam ada jurangnya. Kebanyakan orang yang beraliran agama
masih ada pemisahan sekular dan islamik yang menghalan mereka untuk
bertindak dan menyuarakan pandangan.
Rakyat ternanti-nanti sikap agamawan Islam dalam isu 1MDB kerana
tanggungawab di bahu golongan agamawan sangat besar apa hala tuju mereka
bagi menangani isu ini, masih lagi tidak dijelaskan,"ujarnya
Dalam perkembangan sama Presiden Amanah Mohamad Sabu juga pernah membidas sikap ulama negara ini yang membisu dalam isu membabitkan 1MDB.
Mohamad dipetik berkata, Malaysia ketandusan ulama yang berani menentang korupsi dan salah laku dalam pentadbiran negara.
Katanya penentangan terhadap korupsi di negara ini masih perlahan,
Mohamad berkata umat Islam khususnya menunggu ulama yang lantang
menentang penyalahgunaan kuasa pemerintah persis Imam Nawawi, Ayatullah
Khasyani dan juga Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong.
Isu 1MDB tidak dianggap 'jenayah agama' di kalangan agamawan, bidas Husam
Written By Wadah Baru on Khamis, 25 Ogos 2016 | 1:47 PTG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan