Home » , » Sudah-sudahlah... dengar nasihat Subky, pinta Khalid

Sudah-sudahlah... dengar nasihat Subky, pinta Khalid

Written By Wadah Baru on Jumaat, 30 September 2016 | 8:42 PG

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mengucapkan terima kasih kepada veteran Pas, Subky Latif kerana menjelaskan pendirian Pas untuk tidak bersama Pakatan Harapan (PH) sekaligus membantu pakatan politik pembangkang itu untuk memperkukuhkan kerjasama bagi menghadapi BN tanpa melayan karenah Pas.
Menurut beliau, apa yang dinyatakan Subky dalam tulisannya di Harakahdaily adalah jelas dan sepatutnya membuka mata sesetengah pemimpin parti gabungan PH tentang pendirian sebenar Pas.
"Sekiranya maksud di sebalik tulisan Subky masih belum difahami, kita hanya mampu mengandaikan bahawa ada yang sengaja tidak mahu memahaminya," ujar Khalid.
Subky dalam tulisannya menasihati pembangkang agar tidak membuang masa menunggu Pas bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU14) dan menjatuhkan Perdana Menteri dan BN.
"Usah pedulikan Pas dan usah tunggu Pas!" pintanya.
Subky LatifSubky LatifMenurut Subky, kehadiran DAP dan Amanah dalam pakatan pembangkang menjadi penyebab utama Pas enggan bersama pembangkang.
"Sekalipun Mahathir dan Anwar dapat cantumkan otak mereka yang bergeliga itu, Pas tetap macam sepat tak makan pancing berumpan emas. Biar kucing bertanduk, cacing dapat telan ular, Pas bersama rakan-rakannya selesa bersendiri.
"Pembangkang buatlah apa yang patut! Jangan buang masa menunggu Pas!" tegas veteran Pas itu lagi.
Mengulas lanjut, Khalid berkata terlalu banyak masa telah terbuang menunggu Pas untuk menyertai barisan pembangkang sedangkan masa yang begitu bernilai sepatutnya digunakan untuk membina kekuatan dan kesatuan PH.
"Setahun telah berlalu sejak perlancaran PH tetapi ianya masih bagaikan satu gabungan yang terumbang ambing, tidak yakin dengan perlunya kewujudan dirinya sendiri. Dan oleh itu, tiada kesungguhan secara 100% untuk membinanya.
"Cukuplah dengan ketidaktentuan dan kekaburan. Cukuplah dengan 'indecisiveness' yang sekian lama merencatkan pengukuhan PH. Biarlah kita bina apa yang ada pada kita. Dan dengan yang sanggup bersama kita. Adakan sedikit keberanian dan keyakinan diri," ujar Khalid.
Sehubungan itu, Khalid sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Subky kerana membantu menjelaskan pendirian terbaru Pas terhadap pakatan pembangkang.

1 ulasan:

  1. Sesetengah pimpinan politik PH mengatakan kita kena berjiwa besar dan cuba memujuk dan menerima PAS sbg melengkapkan strategi 1 lawan 1. Tp pimpinan2 besar PH ini terlupa salah satu konsep berjiwa besar ialah tidak membuang masa menunggu sesuatu yg boleh merugikan penyokong.

    Konsep 'berjiwa besar' haruslah cenderung kpd penyokong bukannya kpd musuh atau musang berbulu ayam.

    BalasPadam

Follow by Email

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger