Home » , » Tidak kembali kepada Umno walaupun Najib berundur, kata Muhyiddin

Tidak kembali kepada Umno walaupun Najib berundur, kata Muhyiddin

Written By Wadah Baru on Sabtu, 24 September 2016 | 10:46 PG

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan penyingkiran beliau daripada Umno sebagai suatu hikmah.

Beliau berkata, Allah telah mengeluarkannya daripada kumpulan yang disifatkan sebagai munafik.

Bercakap dalam pidato sambutan setahun Amanah di Y Square Connexion, Muar Bypass, Sungai Abong malam tadi, bekas timbalan presiden Umno itu berkata beliau telah melaksanakan tanggungjawab menegur kesalahan pemimpin parti itu.

“Suatu hikmah Allah asingkan saya keluar daripada kumpulan-kumpulan yang dikatakan munafik.

“Supaya saya tidak dipersoalkan lagi. Saya dah jalankan tugas, saya dah bercakap. Tapi akhirnya saya dipecat, saya terima,” katanya di hadapan hampir seribu hadirin yang memenuhi dewan.

Muhyiddin juga menegaskan, beliau tidak akan kembali kepada Umno sekalipun perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengundur diri kerana yakin kerosakan dalam parti itu tidak dapat diselamatkan lagi.

“Ada orang tanya saya adakan saya akan kembali kepada Umno jika Najib berundur dan jawapan saya, saya tak akan balik kepada Umno kerana saya yakin Umno tak boleh lagi dibaiki,” katanya.

Justeru beliau memberi komitmen untuk bekerjasama dengan Amanah, PKR, DAP termasuk Pas untuk melawan Barisan Nasional secara satu lawan satu.

“Apa nak buat selepas tubuhkan Bersatu? Sistem demokrasi berparlimen iaitu pilihan raya.

“Saya sokong seratus peratus saranan Amanah untuk kita bersatu menentang BN.

“Bersatu bekerjasama dengan PKR, DAP, Pas untuk menggabungkan semua parti untuk menang pilihan raya dengan syarat bersatu hati dan mengenepikan perbezaan.
“Prinsip kita, pembangkang mesti bertanding satu lawan satu menentang BN,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger