Tindakan Najib Razak mengeluarkan kenyataan mewakili Yang di-Pertuan
Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bahawa baginda tidak boleh
mencampuri usaha Deklarasi Rakyat yang dibuat Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) adalah bercanggah dengan semangat Perlembagaan
Persekutuan.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil berkata kenyataan
tersebut bersifat 'ultra vires' dengan kuasa Perdana Menteri di bawah
Perkara 40(1A) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Agong
bertindak atas nasihat PM.
"Apabila Perdana Menteri sendiri bertindak mengeluarkan kenyataan
bagi pihak Agong, maka tindakan tersebut adalah melanggari Perlembagaan
kerana seolah-olah Perdana Menteri mendahului Agong dan melebihi bidang
tugasnya sebagai penasihat.
"Kenyataan tersebut seolah-olah bertindak merampas kuasa Agong," ujarnya .
Beliau yang juga peguam berkata, Najib tidak sesuai untuk terus
menjadi Perdana Menteri jika perlembagaan dan kuasa Agong pun tidak lagi
dihormati.
"Corak pentadbiran yang tidak menghormati keluhuran perlembagaan adalah satu corak pentadbiran diktator," tegas Faiz lagi.
Najib
dalam kenyataannya, 21 September lalu berkata, Agong telah menjelaskan
kepada Tun Mahathir bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha yang
dibuat parti Bersatu.
Menurut Najib, deklarasi dibuat parti Bersatu itu tidak mematuhi
perlembagaan dan sebarang amalan lazim iaitu melalui Parlimen dan sistem
pilihan raya bagi rakyat membuat keputusan.
Perdana Menteri seolah-olah rampas kuasa Agong
Written By Wadah Baru on Ahad, 25 September 2016 | 10:39 PG
Related Articles
If you enjoyed this article just click here, or subscribe to receive more great content just like it.
0 ulasan:
Catat Ulasan