Home » , » Pas parti dinosaur yang longgar prinsipnya

Pas parti dinosaur yang longgar prinsipnya

Written By Wadah Baru on Isnin, 26 September 2016 | 2:42 PTG

Pas didakwa sebagai sebuah parti dinosaur yang longgar prinsipnya apabila berdepan dengan kedudukan dan kuasa, dakwa bekas naib presiden parti itu, Datuk Husam Musa.

Katanya, Pas selalu menjadikan alasan tidak boleh bekerjasama dengan Dap dan juga dengan Amanah kerana ia parti pengkhianat.

Ia selalu dinyatakan oleh pimpinan Pas apabila membincangkan isu satu lawan satu dalam pilihan raya umum nanti bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan Dap dan parti yang berbaik-baik dengannya.

"Pada pendapat saya, Pas lebih longgar prinsipnya. Pas bagi saya sangat 'pragmatik'.
"Dalam kes Selangor, dengan memegang jawatan exco dan 15 kerusi yang dimenangi dengan undi bukan Melayu, Pas tidak tinggalkan kerajaan Selangor.

"Dia masih duduk dengan Dap dalam kerajaan negeri Selangor. Ia menunjukkan Pas adalah sebuah parti yang mempunyai prinsip yang sangat longgar dan boleh diubah-ubah.

"Bila datang kepentingan politik kuasa, Pas boleh bersama Dap dan tidak tinggal kerajaan Selangor," kata Husam dalam dialog sempena sambutan satu tahun Amanah di Muar

Pas juga, kata Husam yang kini menyertai Amanah, adalah sebuah parti yang suka berpusing-pusing apabila sampai ke persimpangan jalan.

"Saya yakin rakyat memerlukan parti yang jelas perspektifnya untuk masa depan," kata Husam.

PARTI MASA DEPAN

Bagi Husam, Amanah adalah parti masa depan manakala Pas adalah parti dinasour.

"Jadi saya nasihat kepada tuan-tuan semua, tidak payahlah pergi melutut kepada Pas.

"Sesama orang mukmin sepatutnya kita merendahkan sayap sesama sendiri tetapi bukan melebarkan keangkuhan kita," kata Husam dipercayai ditujukan kepada Presiden Pas yang berkata, Amanah dan rakan-rakannya akan melutut kepada Pas satu hari nanti.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Copyright © 2015 Wadah Baru - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger